|
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan bersama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan akan mengadakan PTSS Colloquium.
Kolokium ini yang julung kali diadakan bertujuan mengumpul semua peserta dan pembentang PTSS di bawah satu bumbung untuk tujuan perkongsian ilmu serta mempergiatkan budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan warga akademik PTSS.
Makluman terkini, kolokium ini akan diadakan untuk sehari sahaja. Berikut adalah maklumat terkini mengenai kolokium tersebut:
Tarikh : 17 Jun 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Selasih, Pauh Inn, PTSS
Slot 1 – 8.30 pagi - 9.50 pagi
Slot 2 - 10.05 pagi – 12.30 tengahari
Slot 3 - 2.30 petang – 4.30 petang
Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menyertai kolokium tersebut sebagai pembentang/ peserta.
Sekiranya ada pertanyaan berkaitan, sila hubungi Pn Azlida Ahmad (6274)/Pn Norzira Ahmad (6275) di JPA.
|