Sabtu, 04 Sep 2010
 
 
Unit Peperiksaan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin   
Isnin, 18 Mei 2009 23:52

PENGENALAN

1. UNIT PEPERIKSAAN POLITEKNIK

1.1 Unit Peperiksaan Politeknik

Unit Peperiksaan adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik.

Senarai staf Unit Peperiksaan

Bil Nama Jawatan Emel
1 Ahmad Razif b Abdul Rashid Pegawai Peperiksaan Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
2 Nadzri b Che Kamis Pegawai Peperiksaan (Rekod & Sijil) nadzri@jkm.ptss.edu.my
3 Belum diisi Pegawai Peperiksaan (Pengurusan & Penilaian)

-

4 Mazrul Hisyam b Mat Ali Pegawai Peperiksaan Jabatan (JKM) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
5 Salamiyah bt Mohamed Pegawai Peperiksaan Jabatan (JKE) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
6 Susilawaty bt Ahmad Osman Pegawai Peperiksaan Jabatan (JPG) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
7 Maizah bt Mat Som Pegawai Peperiksaan Jabatan (JHP) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
8 Ahmad Fakhruddin b Kamaruddin Pegawai Peperiksaan Jabatan (JRV) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
9 Fatimah Zahra bt W. Razali Pegawai Peperiksaann Jabatan (JMSK) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
10 Suhaila bt Mustafa Pegawai Peperiksaan Jabatan (JPA) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
11 Puteri Azwa bt Ahmad Pegawai Peperiksaan Jabatan (JTMK)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

12 Belum diisi Penolong Pegawai Tadbir -
13 Nurul Hayati bt Che Muda Pembantu Tadbir Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
14 Norman b Ahmad Pembantu Am Rendah Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

2. TAFSIRAN

“Gred” bermakna satu tahap pencapaian penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar bagi sesuatu kursus.

“Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)” bermakna Purata Nilaian Mata yang diperolehi oleh seseorang pelajar di dalam semua peperiksaan yang diambilnya sehingga kini yang dikira seperti berikut:

HPNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi bagi semua semester hingga kini

Jumlah Jam kredit yang diperolehi bagi semua semester hingga kini

 

“Jam Kredit” bermakna satu pertimbangan yang diberi kepada suatu kursus bergantung kepada satu atau lebih faktor-faktor yang berikut:

- keutamaan/kepentingan kursus tersebut;

- tahap kesukaran untuk memahami kursus tersebut;

- bilangan jam kuliah, tutorial, makmal, bengkel/studio dan aktiviti di luar bilik kuliah dalam seminggu.

 

(Satu jam kredit biasanya bersamaan dengan satu jam kuliah atau bentuk-bentuk pengajian yang lain di dalam seminggu bagi satu semester).

 

“Keperluan Program” bermakna suatu keperluan yang dikehendaki bagi sesuatu program yang perlu dipenuhi dan disempurnakan oleh seseorang pelajar untuk melayakkannya dianugerahkan Sijil / Diploma (termasuk Diploma Lanjutan).

“Lembaga Peperiksaan” bermakna Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

“Lulusan” bermakna pelajar yang telah diperaku untuk dianugerahkan sijil atau diploma oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

“Mata Kredit” bermakna hasil darab Nilai Mata dengan Jam Kredit bagi sesuatu kursus.

“Kursus Am” bermakna kursus yang wajib diambil oleh seseorang pelajar dalam mana-mana program yang berkaitan selain daripada kursus teras (Rujuk Dokumen Kurikulum dan Struktur Program).

“Kursus Teras” bermakna semua kursus yang diajar dan dianggap amat mustahak bagi sesuatu program (Rujuk Dokumen Kurikulum dan Struktur Program).

“Nilai Mata” bermakna suatu nilai dalam bentuk angka yang telah diberi ke atas kumpulan markah seperti yang terdapat di dalam Sistem Gred.

“Pelajar” bermakna seseorang yang berdaftar untuk mengikuti secara sah pengajian akademik di sesebuah politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

“Pelajar semester akhir” bermakna pelajar yang sedang mengambil baki kursus yang diwajibkan bertujuan melengkapkan jumlah jam kredit minimum yang disyaratkan ke atasnya bagi menamatkan sesuatu program.

“Pemansuhan Markah Penilaian” bermakna menarik balik gred yang telah diberi kepada seseorang pelajar kerana melanggar peraturan peperiksaan. Pelajar tersebut kemudiannya akan diberi Gred ‘F’ (Nilai Mata = 0.00) dan dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan. Nilai Mata ini akan diambil kira dalam pengiraan PNM dan HPNM pada semester semasa.

“Penasihat Akademik” bermakna pensyarah atau pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan akademik di politeknik bagi tujuan menasihatkan pelajar berhubung dengan prestasi atau kemajuan akademik pelajar. Penasihat Akademik haruslah berpengalaman dan berpengetahuan mengenai sesuatu program atau program-program yang ditawarkan di jabatan berkenaan.

“Penilaian” bermakna apa jua cara pengukuran yang dijalankan pada bila-bila masa sebagai satu cara untuk mengetahui kemajuan, kebolehan akademik atau praktis pelajar. Penilaian ini dibuat secara berterusan termasuk ujian, kuiz, tugasan, projek dan peperiksaan sama ada secara bertulis, lisan, pemerhatian atau pun amali.

“Penilaian Khas” bermaksud penilaian yang diadakan untuk pelajar-pelajar semester akhir yang memenuhi syarat yang ditetapkan di luar sesi pengajian sebenar.

Pensyarah Kursus” bermakna pensyarah yang bertanggungjawab mengajar dan membuat penilaian bagi sesuatu kursus.

“Peperiksaan Akhir Khas” bermaksud peperiksaan yang diadakan di luar tempoh peperiksaan akhir untuk pelajar-pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan akhir dengan sebab-sebab tertentu dan diluluskan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.

Pra-syarat” bermakna sesuatu kursus yang perlu diambil dan melepasi syarat sebelum mengambil kursus pada tahap berikutnya (Rujuk Dokumen Kurikulum dan Struktur Program).

“Purata Nilai Mata (PNM)” bermakna Purata Nilai Mata Kredit seseorang pelajar bagi sesuatu semester dan dikira seperti berikut :

PNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi di dalam semester semasa

Jumlah Jam Kredit yang diambil di dalam semester semasa

“Rayuan” bermakna permohonan pertimbangan semula ke atas sesuatu keputusan atau hukuman secara bertulis oleh seseorang pelajar.

“Skema Pemarkahan” bermakna semua jawapan berserta dengan agihan markah yang disediakan bagi sesuatu soalan peperiksaan.

 

BAHAGIAN 2 : PERATURAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

2. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

 

2.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki peperiksaan:

2.1.1 telah mendaftar pengajian;

2.1.2 telah mendaftar kursus berkenaan

2.1.3 telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangkamasa yang ditetapkan; dan

Peratus kehadiran pelajar dikira seperti berikut :

 

% Kehadiran = Jumlah kehadiran sebenar (jam) x 100%

Jumlah kehadiran sepatutnya (jam)

2.2 Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat-syarat pada perkara 2.1:

2.2.1 pelajar itu tidak layak menduduki peperiksaan akhir;

2.2.2 pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan; dan

2.2.3 pelajar dianggap telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.

2.3 Jika seseorang pelajar itu mempunyai masalah kesihatan dan tidak memenuhi syarat pada perkara 2.1.3:

2.3.1 pelajar hendaklah mengemukakan surat akuan doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada dua (2) hari berturut-turut dan tidak melebihi lapan (8) hari sesemester;

2.3.2 pelajar tidak layak untuk menduduki peperiksaan akhir;

2.3.3 keseluruhan penilaian pelajar tersebut adalah terbatal; dan

2.3.4 pelajar perlu mengambil semula kursus tersebut dan dikira sebagai mengambil kursus berkenaan untuk kali pertama.

2.4 Jika seseorang pelajar itu digantung pengajian disebabkan tindakan tatatertib mengikut Akta 174 dan tidak memenuhi syarat pada perkara 2.1.3:

2.4.1 pelajar tidak layak untuk menduduki peperiksaan akhir;

2.4.2 keseluruhan penilaian pelajar tersebut adalah terbatal; dan

 

2.4.3 pelajar perlu mengambil semula kursus tersebut dan dikira sebagai mengambil kursus berkenaan untuk kali pertama.

2.5 Perkara 2.1, 2.2, 2.3 dan 2.4 adalah juga terpakai untuk kursus yang dinilai secara penilaian berterusan (PB) sahaja.

Seterusnya>>>

LAST_UPDATED2