Khamis, 09 Sep 2010
 
 
Jabatan Pengajian Am PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin   
Isnin, 20 April 2009 04:25

JABATAN PENGAJIAN AM

Assalamualaikum wbkt. dan salam sejahtera.

Selamat Datang ke Jabatan Pengajian Am (JPA) PTSS. Terima kasih kerana sudi mengunjungi ruangan ini. Jabatan ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Pendidikan Islam & Moral dan Unit Bahasa Inggeris. Jumlah terkini staf JPA ialah 33 orang merangkumi kedua-dua unit termasuk seorang pembantu makmal.

UNIT PENDIDIKAN ISLAM

Unit ini dipimpin oleh Ustaz Razak bin Nordin. Secara umumnya, unit ini bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan kerohanian dan moral. Ia diterjemahkan melalui kursus-kursus yang ditawarkan dan diselia oleh unit ini iaitu Pendidikan Islam 1, Pendidikan Islam 2, Pendidikan Moral 1, Pendidikan Moral 2 dan Tamadun Islam. Unit ini juga berperanan menganjurkan program-program mahupun aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan lagi aspek spiritual para pelajar. Antara aktiviti yang pernah dijalankan oleh unit ini ialah Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Perkahwinan, Forum Bicara Ad-Din, Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Nuzul Quran, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan sebagainya.

Bagi Kursus Pendidikan Islam 1, para pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas Akidah Islamiyah, pembelajaran Ibadah secara teori dan praktikal serta hafazan bacaan dalam solat. Penekanan lebih tertumpu kepada kemahiran asas Fardu Ain di kalangan pelajar.

Bagi Kursus Pendidikan Islam 2, para pelajar akan didedahkan dengan pengajian berkaitan persediaan melangkah ke gerbang perkahwinan. Ia merangkumi pengertian konsep nikah, talak & rujuk, serta hak-hak sebelum berkahwin, sepanjang tempoh perkahwinan dan selepas berlakunya sesuatu perceraiaan.
Di samping itu, kursus ini juga turut menjelaskan perbahasan berkaitan Undang-undang Jenayah Islam iaitu konsep Hudud, Qisas dan Ta’zir. Tidak ketinggalan, pada hujung kursus ini, para pelajar turut diajar berkaitan tatacara Pengurusan Jenazah secara praktikal.

Bagi Kursus Tamadun Islam, para pelajar akan didedahkan dengan pengajian berkaitan sejarah ketamadunan Islam, zaman kegemilangan tamadun terdahulu khususnya tokoh-tokoh terbilang dalam Tamadun Islam, karya-karya agung serta kehebatan penciptaan dan keilmuan cerdik pandai pada zaman tersebut. Selain itu, turut didedahkan ialah pengajian Ekonomi Islam yang merangkumi pengenalan kepada Institusi Kewangan Islam dan fungsinya, perbandingan Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi Konvensional, isu semasa seperti dadah, rasuah dan gejalah sosial dan sebagainya.

UNIT BAHASA INGGERIS

Unit ini dipimpin oleh Pn Azlida bt Ahmad. Secara umumnya, unit ini bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar Politeknik. Ia diterjemahkan melalui kursus-kursus yang ditawarkan dan diselia oleh unit ini iaitu English For Technical Purpose 1-6 (bagi setiap semester pengajian) dan English For Commercial Purpose 1-6 (bagi setiap semester pengajian). Unit ini juga berperanan menganjurkan program-program mahupun aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan lagi tahap Literasi Bahasa Inggeris di politeknik ini. Antara aktiviti yang pernah dijalankan ialah Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, Public Speaking Competition, Creating Employability Values Workshop, MUET Workshop dan sebagainya.

SENARAI STAFJABATAN PENGAJIAN AM

SENARAI STAF JPA, PTSS ( JANUARI 2009)

BIL

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

 

         UNIT BAHASA INGGERIS

1

Ustazah Jamilah binti Ismail (KJ)

1

Puan Azlida binti Ahmad (Ketua Kursus)

2

Ustaz Razak bin Nordin (Ketua Kursus)

2

Cik Yeoh Poh Chin

3

Ustaz Zulkifli bin Mehat

3

Encik Hasnizam bin Hasan

4

Ustaz Yasir bin Othman

4

Puan Rozalita binti Saupi

5

Ustaz Hamdan bin Zakaria

5

Puan Puan Mui Lan

6

Ustazah Norzira binti Ahmad

6

Puan Ruzlinda binti Mustaffa

7

Ustazah Rohani binti Abu Bakar

7

Puan Noraini binti Muhammad

8

Ustaz Safuan bin Mohd Yusoff

8

Encik Mohd Nurul Akmal bin Mat Ariff

9

Ustaz Hasminuddin bin Hashim

9

Encik Mohd Safirol bin Md. Yusof

10

Ustaz Iruwan bin Idris

10

Puan Nadiah binti Zainol Abidin

11

Ustaz Borhannudin bin Ya

11

Cik Nur Amalina binti Bahtiar

12

Ustaz Husba Khairi bin Hussin

12

Cik Norazizah binti Abd. Aziz

13

Ustaz Mohd Hanafi bin Jusoh

13

Cik Shyamala a/p Nadarajan

14

Ustazah Norhafizah binti Mohd Ghazali

14

Encik Chua Kang Zheng

15

Ustazah Hasnida binti Ibrahim

 

 

16

Ustazah Ainul Farhaan binti Harun

 

 

17

Ustazah Azirah binti Seman

 

 

18

Ustazah Suhaila binti Mustaffa

 

 

Ø      Pembantu Makmal : En. Noor Hanifi bin Ibrahim

 

 

Laporan Aktiviti Terkini Tahun 2009 bagi Jabatan Pengajian Am

 

In-house Training JPA (07-09 Januari 2009)

In-house training telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 07 Januari sehingga 09 Januari 2009.  Aktiviti ini diadakan untuk semua staf JPA bagi menambahkan pengetahuan di samping meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.  Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut:

TARIKH

9-10 PAGI

10-11 PAGI

2.30-3.30 PETANG

07-01-2009

(RABU)

BASIC MICROSOFT OFFICE

Lab 1

Ustaz Husba Khari

CPCM- CREATIVE THINKING

Bilik Mesyuarat JPA

Pn. Rozalita, Pn. Ruzlinda dan Cik Nur Amalina

08-01-2009

(KHAMIS)

ENGLISH TEACHING

Lab 1

Pn. Mui Lan

PENULISAN BUKU ILMIAH

Bilik Mesyuarat JPA

Ustzh. Azirah dan Ustzh. Ainul Farhaan

GOOD GOVERNANCE

Lab 1

En. Chua Kang Zheng

09-01-2009

(JUMAAT)

HAFAZAN KAEDAH JIBRIL

Bilik Mesyuarat JPA

Ust. Hasminuddin

DEBATE WORKSHOP & COMPETITION

Lab 1

Cik Norazizah & Cik Shyamala

 

 

Gotong-royong JPA (05 April 2009)

Pada 5 April 2009, Jabatan Pengajian Am telah menganjurkan satu program gotong-royong yang melibatkan semua staf JPA.  Program ini diadakan pada hari Ahad bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.  Ianya diadakan bagi memastikan tahap kebersihan jabatan sentiasa terjaga.  Semua staf diberikan tugas secara berkumpulan mengikut bahagian yang telah ditetapkan.  Antara kawasan-kawasan pembersihan yang ditumpukan adalah seperti ruangan bilik mesyuarat, ruang tetamu, kawasan photocopier, kawasan bilik pensyarah dan ruang kaunter pertanyaan utama JPA.  Program ini telah berjalan dengan lancar di atas kerjasama semua staf JPA.

In-house Training JPA (22-26 Jun 2009)

Program in-house training yang diadakan ini merupakan salah satu perkongsian ilmu antara staf.  Ia akan disampaikan oleh staf yang telah menghadiri kursus atau program tertentu yang bakal memberi manfaat kepada semua.  Antara tajuk-tajuk yang akan dikongsi adalah seperti jadual di bawah:

TARIKH

10 PAGI – 12 TGHR

22-06-2009

(ISNIN)

MIND MAPPING- BUZAN

Lab 1

Pn. Mui Lan

23-06-2009

(SELASA)

TEACHING AND THE CASE METHODS

Lab 1

Pn. Ruzlinda

24-06-2009

(RABU)

EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAM @ COTI

Lab 1

Cik Yeoh Poh Chin

25-06-2009

(KHAMIS)

PEMBINAAN BLOG

Lab 1

Ustaz Husba

26-06-2009

(JUMAAT)

6 THINKING HATS (EDWARD DEBONO)

Lab 1

Pn. Azlida

 

Laporan Aktiviti Terkini Tahun 2009 bagi Unit Pendidikan Islam & Moral

Kursus Pengurusan Jenazah (09 Mei 2009)

Pada 09 Mei 2009, Unit Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Besar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.  Kursus ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.  Kursus ini melibatkan semua pelajar Islam semester 2.

Kursus Pengurusan Jenazah ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan praktikal. Bahagian teori disampaikan oleh Ustaz Safuan, pensyarah di Jabatan Pengajian Am dan diadakan di Dewan Besar.  Manakala bahagian praktikal pula dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu bagi pelajar muslim diadakan di kafeteria pentadbiran dan bagi muslimat diadakan di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Melalui kursus ini, para pelajar didedahkan dengan tatacara pengurusan jenazah bermula dari saat kematian sehingga ke pengebumian.  Pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan urusan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah serta mengebumikan jenazah.  Dengan adanya bahagian praktikal, para pelajar dapat melihat sendiri cara memandikan dan mengkafankan jenazah.  Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui kelengkapan dan bahan-bahan yang diperlukan dalam pengurusan jenazah.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral.  Diharapkan kursus ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia banyak memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua khususnya pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Laporan Aktiviti Terkini Tahun 2009 bagi Unit Bahasa Inggeris

Creating Employability Values Workshop (14 April 2009)

                On 14 April 2009, a maiden workshop on job hunting skills, titled Creating Employability Values was organized by English Unit of Department of General Studies in collaboration with MYJOBNET Sdn Bhd. This first-of-its-kind workshop targeted specifically on Polytechnic Tuanku Syed Sirajuddin students who were in the final semester of their course studies as it aimed to prepared them with job hunting skills and knowledge. Prominent and experienced practitioners from Human Resource Management sectors were invited as the speakers to conduct the workshop.

                Throughout the workshop, participants were exposed to the current trend and process of employment in an organization as well as getting to learn about their constitutional rights under the Law of Labor. Apart from that, students were also trained how to prepare an impressive resume that meets the current needs of market and employers. To top the workshop off, the speakers demonstrated several techniques and provided some tips on handling a job interview.

                Upon the completion of the workshop, each participant was given a certificate of attendance and they had the privilege to register at MYJOBNET official website as job seekers for free. Many participants found this workshop very beneficial and it was an eye-opener to some of them. Some felt that it was the icing on the cake for it enhanced the job hunting skills they have learned in their English module. The fruitful experience from such event would propel English Unit looking forward to organize more of this kind workshop in the future.

English Public Speaking Competition ( 22 April 2009)

                Upon the large interest and request from PTSS students, hence born the English Public Speaking Competition on 22 April 2009. This competition was opened to PTSS students who were interested to polish and showcase their talented skills in public speaking. It aimed to discover the raw gems of elocuters among PTSS students as well as empowering students’ confidence in English speaking skills. Three panel judges elected among PTSS English lecturers were given a tough task to determine the jewel in the crown. 

                As the registration period commenced, students’ responses were slow as it drew only a few participation. However, the table was turned when the closing date drew closer. Participation overwhelmed the initial target and we regretted having had to turn down some who registered later. It was interesting and entertaining, to an extent, to watch various performances from the participants. Some were too nervous and forgot their speech, some took over the stage and spoke like a politician, some lacked confidence to speak up and ended up mumbling, and many more. 

                 At the end of the day, the judges had their say of the winners. Siti Nursyalfira bt Salehuddin from SUP2 beat the other competitors and became the champion for this competition. Ngee Min Jia from DNS2 and Rrrajkumar a/l Raman from DKE2C were the first and second runner-up respectively.

Regardless of the outcome, the active participation from students was an encouraging force in our effort to nurture and develop talented elocuters. 

 

MUET workshop (Feb—Apr 2009)

                MUET has always been an integral component of English curriculum. In view of our on-going effort to improve students’ English proficiency, a series of MUET classes cum workshops were conducted from February till April. When this MUET workshop was first introduced in PTSS late 2006, it immediately gained mass participation from the students and the numbers kept growing by each semester. Once in a while, there are even participations from the lecturers and supporting staff. The instructors were mainly made up of PTSS English lecturers, but occasionally we outsourced experienced English instructors to conduct the workshop.

This workshop was delivered to meet the theoretical aspects whereby students would be taught the current test specification and various forms of questions in MUET, as well as the hands-on experience whereby students would get to master the answering-questions techniques through group interactions and individual practices. To date, the outcome of this workshop has been very encouraging as most students felt they were more prepared and confidence to sit for the test.

Likewise, the competency of the English instructors was not neglected as well. They were regularly sent for MUET briefings, workshops or courses that would help them to keep up with the current changes of MUET specification, if there is any, and MUET teaching methodology.    

 

 

LAST_UPDATED2