Jumaat, 10 Sep 2010
 
 
Unit Latihan Industri PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin   
Isnin, 20 April 2009 04:45

PENGENALAN

Latihan Industri WAJIB dijalani oleh setiap pelajar Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan akan dijalankan selama SATU (1) semester atau lebih kurang 20 minggu. Selama tempoh tersebut, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta dan akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar.

Pelajar dari kursus Sijil akan menjalani Latihan Industri pada semester 3 manakala pelajar dari kursus Diploma pula akan menjalani Latihan Industri pada semester 4. Penempatan untuk latihan hanya akan dilakukan sekiranya pelajar memenuhi syarat lulus peperiksaan akhir semester 2 (Kursus Sijil) atau semester 3 (Kursus Diploma) dan disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan.

Semasa Latihan Industri, lawatan penyeliaan akan dilakukan oleh pensyarah untuk meninjau perkembangan dan kemajuan pelajar disamping memberi peluang kepada syarikat dan Politeknik untuk membincang pelbagai isu berkaitan dengan Latihan Industri Pelajar. Para pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan harian. Setelah tamat latihan, mereka dikehendaki menulis laporan lengkap mengenai latihan tersebut.

Markah bagi Latihan Industri bergantung kepada laporan harian dan laporan lengkap yang di sediakan. Pihak Unit Latihan Industri akan mengeluarkan sijil kepada pelajar - pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Latihan Industri. Pihak syarikat juga di kehendaki menghantar laporan sulit mengenai perkembangan dan pretasi latihan para pelajar. Jika didapati pretasi para pelajar tersebut semasa latihan industri tidak memuaskan, pelajar tersebut di kehendaki mengulangi Latihan Industri selama 1 semester.

DIREKTORI STAF UNIT LATIHAN INDUSTRI

JawatanNama StafNo. Telefon
Ketua Unit Puan Farizah Bt Ariffin049886244
Pegawai Perhubungan IndustriEncik Suhairi b Ahmad049886243 ext 1021
Pegawai Latihan Industri Puan Rozalita Bt Saupi049886243 ext 1020
Pembantu TadbirCik Marsyita bt Kassim049886243
LAST_UPDATED2