| Latar Belakang |
|
|
|
| Ditulis oleh Admin |
| Isnin, 20 April 2009 05:11 |
|
Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer. Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan program di peringkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Motto Kami: Pengetahuan Pemangkin Pembangunan |
| LAST_UPDATED2 |
















