Khamis, 09 Sep 2010
 
 
Pusat Sumber PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin   
Isnin, 20 April 2009 05:17

PENGENALAN

Perpustakaan merupakan sebuah pusat maklumat yang memainkan peranan penting kepada warga politeknik. Perpustakaan bertindak sebagai pusat penyediaan kemudahan berteraskan ilmu dari pelbagai sumber yang dirasakan mampu meningkatkan standard proses penyelidikan,pembelajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai matlamatnya,pelbagai langkah diambil bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan itu sendiri dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.Pada awal pembukaannya,perpustakaan ini mempunyai 800 buah koleksi yang terdiri daripada jurusan-jurusan ilmu yang ditawarkan di politeknik ini. Terdapat juga 26 judul majalah-majalah,yang dilanggan untuk tujuan penyediaan bahan bacaan ringan pengguna.

Dengan keluasan yang ada,perpustakaan ini mampu menampung hampir 1000 orang pengguna dalam sesuatu masa. Semoga dengan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan ini,dapat membantu pengguna meningkatkan ilmu pengetahuan samada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahkan juga untuk tujuan memajukan diri. Diharapkan agar para pengguna dapat memaksimumkan kemudahan yang ada dan menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.  

PERKHIDMATAN

 Waktu Operasi Masa
 Isnin - Jumaat 8.30 Pagi - 4.45 Petang
 Sabtu Minggu 2 & 4 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Sabtu Minggu 1 & 3 Ditutup

KOLEKSI 

Koleksi yang disediakan di perpustakaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin adalah pelbagai bersesuaian dengan keperluan pembelajaran dan pengajaran di politeknik ini.
Koleksi di perpustakaan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya:

SUSUNAN KOLEKSI DIPERPUSTAKAAN

Tingkat bawah - Bahan bacaan ringan seperti surat khabar serta majalah-majalah.
Tingkat atas - REDSPOT dan buku-buku pinjaman di susunan mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.

PerkaraPengkelasan Utama
 Computer science, information & General Works000
 Philosopy & phychology100
 Religion200
 Social Sciences300
 Language400
 Science500
 Technology600
 Arts & Recreation 700
 Literature800
 History & Geography 900

KOLEKSI UMUM
Koleksi umum merangkumi 10 cabang ilmu yang dibahagikan di dalam sistem Dewey.
 
Koleksi Khas
Bahan-bahan yang tergolong di dalam koleksi ini ialah:

  •  Keratan akhbar
    Artikel akhbar terpilih berkaitan dengan satu-satu isu akan dipotong untuk tujuan rujukan pembelajaran dan pengajaran.
  • Koleksi majalah
    Perpustakaan ini melanggan 26 judul majalah dari dalam dan luar negeri. Majalah yang dilanggan meliputi majalah pengetahuan am,akademik dan juga rekreasi.
  • Surat Khabar
    Perpustakaan ini melanggan beberapa surat khabar tempatan bagi membolehkan penggunanya sentiasa mempunyai pengetahuan yang terkini dan sentiasa mengetahui senario dunia dari masa ke semasa.
  • Fiksyen/Novel
    Bahan bacaan fiksyen dan novel juga disediakan bagi tujuan memberi variasi bahan bacaan kepada pengguna.
  • Laporan Syarikat
    Pengguna juga boleh mendapatkan laporan syarikat-syarikat yang ada menghantar laporan mereka ke perpustakaan ini untuk tujuan rujukan.
  • Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan latihan Industri.
    Koleksi bahan yang terpilih akan disimpan untuk tujuan menghasilkan penghasilan yang lebih baik.
LAST_UPDATED2