Portal Rasmi PTSS

 
 
 
 

30 PESERTA KOMUNITI HADIRI SEMINAR PELANCONGAN DESA

E-mail Print PDF
User Rating: / 7
PoorBest 

Arau - Seramai 30 orang peserta dari komuniti Changlon dan Baling telah menghadiri Seminar Pelancongan Desa pada 8 September 2012 yang lalu anjuran Jabatan Pelancongan & Hospitaliti ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis oleh pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP6B), dari kumpulan Charm of Heritage diketuai oleh Riduan Abd Razak dan di bantu oleh Penyelia Projek Faizal Abdul Razak serta Penyelaras Projek Intan Shafina Suid .Seminar ini telah diadakan bertempat di KEDA Resort Bendang Man ,Sik,Kedah. Objektif seminar ini bagi mendedahkan kepada para peserta tentang cara menguruskan sesuatu acara dengan betul, bagi mereka yang berminat untuk membuka homestay dan mengetahui asas pembukaan homestay.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam seminar ini ceramah oleh Mohd Fauzi Osman pegawai dari Kementerian Pelancongan Malaysia ,Cawangan Negeri Kedah, tentang pelancongan di Malaysia, proses membuka homestay, serta kesedaran tentang pelancongan di Malaysia. Turut serta menyampaikan ceramah dalam seminar ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Mamat Khalid,Pengurus Enjit-enjit semut Sdn. Bhd. yang juga merupakan pengarah filem telah memberi pendedahan mengenai bagaimana mengendalikan sesebuah acara dan langkah-langkah yang betul untuk membuka sesebuah homestay. Beliau juga turut memberikan pendedahan dalam bentuk lakonan yang berkaitan tentang bagaimana mengatasi karenah pelancong yang datang ke homestay .Seminar yang berkonsepkan santai ini telah memberikan peserta ruang supaya dapat memahami lebih mendalami tentang konsep pelancongan desa .Peserta turut dibawa ke Kolam Air Panas, Ulu Legong, bertujuan bagi memperkenalkan kawasan tersebut serta mempelajari cara-cara yang diguna pakai oleh pengurusan chalet tersebut dalam mempromosikan sektor pelancongan desa.

Pada hari kedua seminar peserta telah didedahkan dengan aktiviti seperti melawat perkampungan orang asli dan sukaneka rakyat. Seminar ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengurus Homestay Ulu Legong, Akhir Ismail .Dalam ucapan penutup seminar ini beliau menyarankan agar apa yang telah dipelajari oleh peserta komuniti akan memberikan lebih manfaat kepada mereka tentang bagaimana untuk memajukan pelancongan desa ditempat masing-masing supaya ianya dapat diperkenalkan keistimewaannya kepada pelancong sama ada dalam negeri mahu pun dari luar negara disamping merancakkan lagi sektor industri pelancongan desa di Malaysia