Facebook PTSS

Arau – Dua orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis(PTSS) telah memenangi pingat dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Jabatan Perdana Menteri 2015 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelajar tersebut Aiman Syamil Azmi telah merangkul pingat perak World Skills Malaysia Belia kategori Restaurant Service , manakala Mohd Alif Akmar Sher Mohd mendapat pingat gangsa. Kedua-dua pelajar ini adalah pelajar Diploma In Food (Halal Practise) , Jabatan Pelancungan dan Hospitaliti,PTSS. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pensyarah pengiring Saiful Mohamad Shuib, tanpa kerjasama daripada semua pensyarah di jabatan dan juga sokongan daripada pihak pengurusan tak mungkin kejayaan ini dapat dicapai seperti hari ini. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melatih kedua-dua pelajar ini hingga mendapat anugerah ini. Bagi Pengarah PTSS, Sulong Yahaya , beliau menyifatkan anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada Politeknik Malaysia secara keseluruhannya dan beliau berharap lebih banyak lagi kejayaan dapat dicapai dengan kerjasama semua pensyarah untuk menjadikan pelajar politeknik pelajar yang hebat . Aiman Syamil Azmi akan mewakili negara dalam Asean Skill Competition 2016.

JSN Solid template designed by JoomlaShine.com