Facebook PTSS

PELAJAR  PTSS  MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM KONVENSYEN KEUSAHAWANAN SISWA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2015

Oleh : Shahril Annuar Ahmad ,MIPR

Arau - Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) Muhammad Zulilham Mat Zakaria dan Muhammad Alif Izzuddin Johari pelajar Diploma Pelancungan telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pembentangan Rancangan Perniagaan kategori Koperasi Keusahawanan Siswa dalam Konvensyen Keusahawanan Koperasi Siswa Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan ini baru-baru ini di Dewan Tuanku Syed Putra ,Maktab Rendah Sains MARA,Beseri,Perlis.

Menurut Nor Syarizaini Mutalib, Ketua Unit Keusahawanan PTSS, beliau berasa bangga diatas keyakinan pelajar berkenaan kerana berjaya mendapat tempat kedua disamping sokongan yang diberikan daripada pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi memperkembangkan rancangan perniagaan yang telah dibentangkan. Rancangan perniagaan yang berjaya dihasilkan ini menurut katanya lagi adalah hasil dari penyeliaan Unit Keusahawanan PTSS bersama Koperasi Keusahawanan PTSS dibawah inkubator Poly Travel.

Kedua-dua pelajar berkenaan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 800.00 ,Hadiah telah sampaikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis ,Zainudin Sulaiman. Turut serta menyaksikan penyampaian hadiah berkenaan ialah Ismail Hashim, Pengerusi Angkasa Negeri Perlis.

JSN Solid template designed by JoomlaShine.com