Konvokesyen PTSS Facebook PTSS

Arau - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis baru-baru ini telah menganjurkan “English Camp” di Songkla Technological College , Thailand. Kem ini diadakan atas jemputan daripada pihak Songkal Technological College,Thailand memandangkan pihak PTSS mempunyai kepakaran untuk mengadakan kem ini dalam Bahasa Inggeris.

English Camp ini diadakan ini merupakan suatu usaha berterusan PTSS berkerjasama dengan institusi pengajian tinggi Thailand untuk memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan antarabangsa kepada pelajar-pelajar dari Thailand. PTSS diminta oleh pihak Songkla Technological College  untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar dari institusi tersebut cara bertutur dan mengadakan aktiviti dalam Bahasa Ingggeris. Menurut Pegawai Pengantarabangsaan PTSS , Azlida Ahmad, pada English Camp kali ini pihak PTSS dengan kerjasama pelajar PTSS sendiri telah mengadakan aktiviti seperti mengecat mural pada bangunan akademik kolej berkenaan mengadakan persembahan tradisional Melayu dan India dan perlawanan persahabatan antara pelajar PTSS dan pelajar Songkla Technological College,Thailand. Dalam kesemua aktiviti pelajar PTSS dikehendaki mengadakan aktiviti dengan bercakap bersama pelajar Thailand dalam Bahasa Inggeris dimana diadakan  kumpulan berdiskusi kesemuanya mesti diadakan dalam Bahasa Inggeris. Katanya lagi,aktiviti ini  diadakan untuk memupuk silaturrahim antara pelajar kedua-dua negara disamping meningkatkan kefasihan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar PTSS dan pelajar Songkla Technological College,Thailand.

Beliau juga berharap aktiviti seumpama ini akan diteruskan lagi  dimasa hadapan kerana dengan aktiviti ini akan membuka minda pelajar PTSS sendiri dengan melihat kehidupan pelajar di negara lain disamping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Ingggeris pelajar-pelajar itu sendiri dengan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa merasa malu walaupun berada di negara lain.

 

JSN Solid template designed by JoomlaShine.com