Konvokesyen PTSS

PELAJAR PTSS HASIL MURAL ‘WORLD OF ARTS'

Arau – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) dengan kerjasama Kelab Kaunseling telah mengadakan satu aktiviti yang mural yang bertajuk World of Arts. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari Kelab Kaunseling (Kumpulan A). Aktiviti ini telah diadakan bertampat di Café Admin PTSS pada 3 September 2016 yang lalu. Aktiviti bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

Tujuan aktiviti ini diadakan kerana aktiviti ini adalah sebahagian daripada projek akhir kelab tersebut. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk membantu semua mahasiswa dan mahasiswi merasa sentiasa bersemangat untuk menempuh cabaran dalam pembelajaran di PTSS melalui mural mereka.

Diharapkan daripada hasil mural tersebut para pelajar dapat meningkatkan ilmu pengatahuan belajar berkaitan ilmu dan kemahiran, memberi idea baharu kepada pelajar berkaitan prospek Kelab Kaunseling, dan memberi bimbingan serta panduan perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang efektif.

Norzila Mhd. Noor selaku Pengarah Kelab ini telah melahirkan rasa bangga terhadap pelajar-pelajar dari kelab ini kerana dapat menghasilkan karya yang memberi inspirasi serta pengalaman baru kepada pelajar.

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

 

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
Emel aduan[at]ptss[dot]edu[dot]my
info[at]ptss[dot]edu[dot]my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS