Konvokesyen PTSS

WARGA PTSS BANTAH BAITULMUQADDIS SEBAGAI IBUNEGARA ISRAEL

Arau – “Warga PTSS membantah sekeras-kerasnya Baitulmuqaddis dijadikan ibunegara Israel”, Dr Haji Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Bulanan PTSS baru-baru ini di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis. Menurut beliau lagi, sebagai orang Islam kita seharusnya menentang Israel yang menjadikan salah satu tempat suci umat Islam sebagai ibunegaranya kerana Baitulmuqaddis sebenarnya adalah tanah hak rakyat Palestin dan juga hak umat Islam sejagat.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dalam memberi tekanan ekonomi seperti memboikot sebarang produk atau keluaran mana-mana negara yang mempunyai hubung kait dengan Israel. Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan kali terakhir bagi tahun 2017 bagi PTSS.

Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga PTSS yang telah berjaya mengharumkan nama PTSS dalam tahun 2017 ini. Menurut beliau lagi antara pencapaian membanggakan ialah pelajar PTSS, Aiman Syamil Azmi mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition dan mendapat Pingat Emas, 65 kolaborasi berjaya dilaksanakan bersama industri dan institut pendidikan tinggi sama ada dalam mau pun luar negeri dan 7 program pengantarabangsaan yang melibatkan negara Indonesia dan Thailand.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan dan melancarkan Tabung Perihatin Rakyat Palastin bagi membantu rakyat Palestin yang sering ditindas oleh pihak Israel.Kutipan derma tersebut akan disalurkan kepada Aman Palestin.Turut hadir dalam majlis yang diadakan ini ialah Timbalan Pengarah Akademik PTSS, Roseliza Dato’Shaari , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik , Jamazuki Othman dan Norlili Juwita Arshad, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selaku tuan rumah Perhimpunan Bulanan di PTSS. Seramai lebih 400 orang pensyarah, pegawai dan kakitangan PTSS hadir dalam perhimpunan ini.

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

 

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
Emel aduan[at]ptss[dot]edu[dot]my
info[at]ptss[dot]edu[dot]my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS