STMIK BUDIDARMA INGIN JALIN KERJSAMA DENGAN PTSS

Arau – “Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer (STMIK BUDIDARMA), Medan, Indonesia ingin bekerjasama dalam bidang informasi dan komputer dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,Perlis.Pihak STMIK Budidarma juga ingin mengadakan program kemasyarakatan bersama, sama ada di Indonesia mau pun di Malaysia” kata Muhammad Syahrizal Abdul Salam yang mewakili Pengarah, STMIK Budidarma, Medan, Indonesia.

Menurut beliau lagi, STMIK Budidarma turut menawarkan kerjasama untuk mengadakan seminar peringkat antara bangsa dengan PTSS di Medan Indonesia. Katanya lagi bidang pengajian yang ada di PTSS mempunyai banyak persamaannya dengan STMIK Budidarma kerana mereka turut menawarkan pengajian diperingkat diploma dalam informasi dan komputer. Beliau berkata demikian dalam lawatannya bersama 15 orang pelajar dan 3 orang pensyarah di PTSS hari ini.

Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari dalam ucapan balasnya berkata, “sewajarnya, kedua-dua belah pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam memajukan pendidikan dalam mencapai hasrat kerajaan untuk memajukan Industri 4.0”. Menurut beliau lagi, seharusnya kepakaran yang ada antara dua institusi ini dikongsi bersama dalam memajukan sistem pendidikan dikedua-dua negara yang berjiran.

Turut hadir Pegawai Pengantarabangsaan PTSS, Azlida Ahmad, Rosnizam Kamis,Pegawai Hal Ehwal Pelajar PTSS dan ahli-ahli mesyuarat pengurusan PTSS. Dalam sesi taklimat yang disampaikan Roseliza, rombongan itu diberi pendedahan mengenai politeknik ,bidang pengajian yang ditawarkan, prasarana disediakan seperti kemudahan pembelajaran dan keistimewaan di PTSS.

Mereka juga turut dibawa melawat ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,PTSS. Rombongan ini berada di Perlis mualai semalam selama 3 hari dan esoknya mereka akan dibawa melawat ke Galeri Diraja Istana Arau, Muzium Kota Kayang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis seterusnya ke Kuala Lumpur.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my