Program dua hari anjuran bersama Jabatan Pengajian Am, Unit Keusahawanan PTSS dan Imtiyaz Travel & Tours ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai golongan mutawif dan mutawwifah Malaysia yang bertauliah selain memberi peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar selepas menamatkan pengajian.

Penyertaan

Seramai 27 peserta telah menghadiri dan berjaya mendapat Sijil Profesional Mutawwif/ah dan Pembimbing Ziarah Islam (Tahap 1). 14 orang di antara peserta tersebut adalah pelajar-pelajar PTSS.

Penceramah

  1. Ustaz Khairul Anuar Naim bin Mustafa (Imtiyaz Travel & Tour Sdn Bhd)
  2. Ustaz Nik Mohd Sofri bin Nik Abdul Hamid (Jabatan Pengajian Am, PTSS)
  3. Ustaz Mohd Fariz bin Zamri (Imtiyaz Travel & Tour Sdn Bhd)
  4. Tuan Afnan bin Abdul Fattah (Industri Latihan & Pembangunan)

Impak

Susulan daripada kursus ini:

  1. 2 di antara pelajar PTSS yang mengikuti kursus profesional ini telah mengambil keputusan menjalani latihan industri di Imtiyaz Travel & Tour pada Disember 2018.
  2. Pihak Imtiyaz juga akan menawarkan latihan Tahap 2 yang akan dimaklumkan kelak.
  3. PTSS bercadang untuk menandatangani Sijil Kolaborasi dengan imtiyaz Travel & Tour Sdn Bhd.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my