"Politeknik Negeri Medan, Indonesia ingin bekerjasama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis. ihak Politeknik Negeri Medan juga ingin mengadakan program kemasyarakatan bersama, sama ada di Indonesia mahu pun di Malaysia”, kata Dr Johnny Hasnan, Pensyarah Kanan, Politeknik Negeri Medan, Indonesia.

Menurut beliau lagi, Politeknik Negeri Medan turut menawarkan kerjasama untuk mengadakan kolaborasi dengan PTSS dalam pelbagai bidang mengikut persetujuan bersama. Katanya lagi bidang pengajian yang ada di PTSS mempunyai banyak persamaannya dengan Politeknik Negeri Medan kerana mereka turut menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau berkata demikian dalam lawatannya bersama 15 orang pelajar dan 2 orang pensyarah di PTSS baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Jamazuki Othman dalam ucapan balasnya berkata, "Sewajarnya, kedua-dua belah pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam memajukan pendidikan dalam mencapai hasrat kerajaan untuk memajukan Industri 4.0". Menurut beliau lagi, seharusnya kepakaran yang ada antara dua institusi ini dapat dikongsi bersama dalam memajukan sistem pendidikan di kedua-dua negara yang berjiran. Tambah beliau lagi, pada dasarnya PTSS bersetuju untuk mengadakan kolaborasi dengan Politeknik Negeri Medan dan Majlis Menandatangani Kolaborasi tersebut dijangka akan diadakan di Politeknik Negeri Medan, Indonesia Oktober 2018 nanti.

Turut hadir Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Nadzri Che Kamis, Rosnizam Kamis, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS dan Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan PTSS. Dalam sesi taklimat yang disampaikan Jamazuki, rombongan itu diberi pendedahan mengenai politeknik, bidang pengajian yang ditawarkan, prasarana disediakan seperti kemudahan pembelajaran dan keistimewaan di PTSS.

Mereka juga turut dibawa melawat ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PTSS. Rombongan ini turutjuga dibawa melawat ke industri iaitu Malaysian Sugar Manufacturer Sdn. Bhd. (Kilang Gula), Chuping, Perlis.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my