PENGENALAN

VISI

Jabatan Perdagangan PTSS berazam untuk menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang perdagangan dan kesetiausahaan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

  1. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh
  2. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh
  3. Memastikan semua pensyarah dapat mempertingkatkan lagi akuantabiliti, kredibiliti, integriti dan keprihatinan
  4. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah
  5. Melahirkan pelajar berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab berpandukan kepada nilai-nilai murni.
  6. Peratus kelulusan pelajar JP dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan juga pemantapan kendiri.

 

CARTA ORGANISASI

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Diploma Sains Kesetiausahaan

 

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Setiausaha
  • Pembantu Peribadi
  • Eksekutif Pentadbiran
  • Koordinator Acara
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif Perhubungan Awam
  • Usahawan

 

SYARAT KEMASUKAN

A) Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.

 B) Lulusan Pra Diploma Politeknik

      Lulus Pra Diploma Perdagangan

C) Lulusan selain SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

   a. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM

  • Sijil Pemasaran
  • Sijil Pemprosesan Data
  • Sijil Pengajian Perniagaan
  • Sijil Penyimpanan Kira

   b. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

  • CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3)
  • EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3)
  • Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
  • Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)

 D) Lulusan APEL

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

PENCAPAIAN TAHUN 2016 

Bil. Nama Pensyarah / Pelajar Kelas Pelajar / Staf Pencapaian Spesifikasi / Peringkat
1 AB RAHMAN BIN YAACOB
AYU IRYANTI BT AZNI
STAF TEMPAT KE-3, INNOCOM 2016 (PERLIS), 21/9/16 KATEGORI PROSES / PERLIS
2 AYU IRYANTI BT AZNI STAF TEMPAT KE-3, MINI KONVENSYEN KIK (PTSS) KATEGORI PENGURUSAN & 5s / PTSS
3 MOHAMAD NORZUHAILI BIN MOHAMAD YUSOFF PELAJAR
18DPM13F2034
DPM6
TEMPAT KE-3, AMAZING RACE GERAKAN PENGGUNA SISWA PERLIS, 27/8/16 PERLIS
4 MOHAMAD NORZUHAILI BIN MOHAMAD YUSOFF PELAJAR
18DPM13F2034
DPM6
JOHAN PLATE PSU OPEN 7s 2016, PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, 16 - 17/4/16 ANTARABANGSA
5 MOHAMAD NORZUHAILI BIN MOHAMAD YUSOFF PELAJAR
18DPM13F2034
DPM6
JOHAN, WAKIL POLIMAS, RAGBI MSP 2016 MSP
6 CHAR JI ROU PELAJAR
18DPM15F1069
DPM3A
WAKIL PTSS, KEJOHANAN BADMINTON PUSAT PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA POLITEKNIK MALAYSIA
7 NUR HIDAYAH BT CHE ZAMRI
HUMAIIDA BT HUMAILI
NURUL RIDWANA WAHIDA BT MOHD RADZUAN
MUHAMMAD AMIRUL ARSYAN BIN MOHD KAMRUZAMAN
MUHAMAD NUR AKMAL BIN FADZIL
MOHD NAJWAN BIN ABD AZIZ
PELAJAR DPM3B
18DPM15F1070
18DPM15F1070
18DPM15F1007
18DPM15F1070
18DPM15F1038
18DPM15F1078
NAIB JOHAN, iPROPEX 2016, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, 15 – 17/3/16 KEUSAHAWANAN / PTSS
8 AFFENDI BIN MOHAMMAD
SHAHARONI BT SHAFIE
SHAMSUL BIN ISMAIL
ROSASMANIZAN BT AHMAD
PENSYARAH TEMPAT KE-3, MINI KONVENSYEN KIK (PTSS) KATEGORI PENGURUSAN & 5s / PTSS
9 MUHAMMAD AIMAN BIN MD KAMIL DAT1A
18DAT16F1039
WAKIL PTSS, KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA POLITEKNIK MALAYSIA
10 MUHAMMAD AIMAN BIN MD KAMIL DAT1A
18DAT16F1039
FASILITATOR, ASEAN TVET YOUTH CAMP 2016 ANTARABANGSA
11 TAN ZHI YAO DAT5
18DAT14F1039
FASILITATOR, ASEAN TVET YOUTH CAMP IN KRABI POLYTECHNIC COLLEGE ANTARABANGSA
12 TAN ZHI YAO DAT5
18DAT14F1039
CHAMPION, VOLLEYBALL TOURNAMENT IN KRABI POLYTECHNIC COLLEGE ANTARABANGSA
13 TAN ZHI YAO DAT5
18DAT14F1039
EXCO SUKAN & REKREASI, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA KEBANGSAAN
14 SASIREGA A/P ARUMUGAM DAT5
18JAT14F1003
JOHAN PERTANDINGAN DISKUSI DEMOKRASI RAJA BERPERLEMBAGAAN PTSS
15 SASIREGA A/P ARUMUGAM DAT5
18JAT14F1003
PESERTA, ASEAN ENGLISH OLYMPIC, JAKARTA 2016 ANTARABANGSA
16 MUHAMMAD ADAM BIN AB RAZAK DAT1A
18DAT16F1017
PESERTA, MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS NEGERI

 

PENCAPAIAN TAHUN 2018

Bil. Program Pencapaian
1 IPROPEX Anugerah Khas Keusahawanan Kategori Bukan Teknikal – Dik Pah Belacan
2 Career, Entrepreneurship and Skills Festival 2018 (CEFS’18) - UMT Johan Real Business Challenge – Dik Pah Belacan
Tempat ke-4 – Hakss Cube
3 Multimedia Innovation Competition (MICOM i-IDeA2018) sempena The 4th International Innovation, Design and Articulation – UiTM Arau Category 1: Business Pitch
                      Gold Medal - Dik Pah Belacan
Category 2: Innovation Idea presented by Creative Animation
                      Gold Medal - Hakss Cube
                      Bronze Medal - Kepok Leko Berinti

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan(at)ptss(dot)edu(dot)my
info(at)ptss(dot)edu(dot)my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS