Laman Web www.upikptss.edu.my  Facebook upikptss

PENGENALAN

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) telah ditubuhkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) pada Julai 2009 dengan nama Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPI) pada awalnya. Ia berperanan sebagaimana di universiti sebagai satu pusat kajian iaitu Research Management Center (RMC). Ia bertujuan untuk mendorong dan menggalakkan pensyarah-pensyarah melakukan penyelidikan serta mengamalkan pengajaran berasaskan penyelidikan. PTSS seperti mana politeknik-politeknik lain berpotensi memberi sumbangan signifikan dalam sistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dengan pelbagai bidang ilmu, kepakaran dan infrastruktur yang ada.

 

JAWATANKUASA

  1. Panel Perunding
    1. Terdiri daripada semua PPPT berstatus PhD di PTSS.
    2. Menyediakan rundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang diperlukan kepada PPPT dan staf bukan akademik yang merancang untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan, invasi dan pengkomersialan.
    3. Antara aktiviti perundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang boleh dibekalkan adalah seperti berikut:
      • Penulisan termasuk format penulisan, teknik penulisan, penerbitan dan sebagainya.
      • Inovasi termasuk penulisan laporan, kajian eksperimen, permohonan geran dan sebagainya.
      • Pengkomersialan termasuk perancangan pengkomersialan, perjanjian dan sebagainya.
  2. Penyelidikan
    1. Geran
      • Penyelarasan hal ehwal urusan geran penyelidikan dari segi perancangan, permohonan dan laporan.
    2. Penerbitan
      • Pengeluaran jurnal/prosiding/e-jurnal.
      • Perancangan aktiviti penyelidikan meliputi penganjuran persidangan (contoh: NACRI) dan penerbitan ilmiah.
      • Penyelarasan KPI berkaitan penerbitan.
      • Pengemaskinian data berkaitan penerbitan bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  3. Inovasi/KIK
    1. Pemantauan berkala pelaksanaan projek inovasi dan KIK.
    2. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti inovasi pensyarah.
    3. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti projek akhir pelajar.
    4. Pengemaskinian data berkaitan inovasi bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  4. Pengkomersialan/IP
    1. Pengenalpastian projek berpotensi daripada penyelidikan dan inovasi untuk tujuan pengkomersialan.
    2. Penyelarasan urusan berkaitan harta intelek.
    3. Pembangunan perancangan perniagaan (business development plan).
    4. Pengurusan pelesenan teknologi.
  5. Pentadbiran
    1. Setiausaha
      • Pengurusan latihan berkaitan peningkatan kompetensi staf dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
      • Hebahan berkaitan projek penyelidikan dan inovasi daripada pihak luar.
      • Penyediaan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti UPIK berdasarkan kepada dokumen kawalan dalaman.
      • Penyediaan surat rasmi berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan seperti lantikan jawatankuasa.
      • Pengemaskinian pemfailan dokumen yang sistematik.
      • Penyelarasan pengurusan kewangan berkaitan unit dan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
  6. Bank Data
    1. Pengemaskinian data untuk sistem yang dibina atau digunapakai seperti polyPMO, SYRi, iPROSys dan sebagainya.
    2. Pengumpulan data berkaitan staf sama ada dalam penyelidikan atau inovasi secara berkala bersama Jawatankuasa Penerbitan/Inovasi.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPIK PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Portfolio Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Rashdan bin Rashid Ketua Unit Pengkomersialan/IP 6242 rashdanrashid
2 Mohd Zahri bin Jaafar Penyelaras UPIK JKM Penyelidikan - Geran (K) 6284 zahri
3 Mohd Fadhli bin Ahmad Penyelaras UPIK JKM Penyelidikan - Penerbitan (K)
Bank Data JKM
6285 fadhli
4 Mas Guieta binti Aton Penyelaras UPIK JKE Pentadbiran - Setiausaha 1808 masguieta
5 Izwan bin Che Sham Penyelaras UPIK JKE Bank Data JKE 6235 izwan
6 Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor Penyelaras UPIK JP Bank Data JP 1035 norzianis_rezali
7 Azlina binti Uyub Penyelaras UPIK JP Inovasi/KIK (K) 6252 azlinauyub
8 Dr. Agnes Pau Penyelaras UPIK JRKV Bank Data JRKV 6367 agnes
9 Dr. Sharifah Nadiya binti Syed Yahya Penyelaras UPIK JRKV Penyelidikan - Penerbitan 6200 sharifahnadiya
10 Rozilawati binti Shaari Penyelaras UPIK JPH Bank Data JPH 1987 / 6264 rozilawati
11 Dr. Intan Shafina binti Suid Penyelaras UPIK JPH Pengkomersialan/IP 1520 intan
12 Mime Azrina binti Jaafar Penyelaras UPIK JTMK Bank Data (K) JTMK 6297 mimeazrina
13 Nor Naematul Saadah binti Ismail Penyelaras UPIK JTMK Inovasi/KIK 6296 naematul
14 Hadisah binti M Salleh Penyelaras UPIK JMSK Bank Data JMSK 6395 hadisah
15 Mohd Iskandar bin Mohd Saleh Penyelaras UPIK JMSK Penyelidikan - Geran 6395 iskandar
16 Isyati binti Suparman Penyelaras UPIK JPA IP 1653 isyati
17 Zuraiha binti Mohd Zain Penyelaras UPIK JPA Bank Data JPA 1653 zuraiha

 

JAWATANKUASA PENGURUSAN INOVASI PTSS

Bil. Nama Jawatan E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mohd Zahri bin Jaafar Pegawai Inovasi zahri
2 Isyati binti Suparman Pegawai Harta Intelek isyati
3 Dr. Intan Shafina binti Suid Pegawai Komersial intan
4 Dr. Agnes Pau Pegawai Penyelidikan agnes

 

PANEL PERUNDING KEPAKARAN

Bil. Nama Kepakaran E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Dr. Choong Chee Guan Mekanikal dr.choong
2 Dr. Dzulkarnain bin Musa Keusahawanan dzulkarnain
3 Dr. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil Elektrik, Elektronik Perubatan syahrull
4 Dr. Sharifah Nadiya binti Syed Yahya Teknologi Multimedia sharifahnadiya
5 Dr. Intan Shafina binti Suid Pelancongan, Halal intan
6 Dr. Agnes Pau Mekanikal, Design agnes

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS