VISI, MISI DAN OBJEKTIF COT

VISI

Menjadi COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar negara.

 

MISI

Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran.

 

OBJEKTIF

Objektif COT adalah:

  • Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang tujahan.
  • Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan.
  • Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang tujahan.
  • Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam negara atau luar negara dalam bidang tujahan.
  • Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, penghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang tujahan.

 

BIDANG TUJAHAN COT PTSS - MEDIA KREATIF

COT PTSS adalah dalam bidang tujahan MEDIA KREATIF di mana ianya menyediakan perkhidmatan dan perkongsian kepakaran seperti berikut:

  1. Menyediakan Perkhidmatan Konsultansi kepakaran dalam bidang tujahan seperti:
    • Video Korporat
    • Buku Program
    • Video Dokumentari
    • Penggambaran Video
    • Penyuntingan Filem
    • Fotografi
    • Perundingan Pembangunan Produk
    • Pengarahan Filem
    • Merekabentuk Produk
    • Merekabentuk Animasi 2D & 3D
    • Merekabentuk Laman Sesawang
    • Solekan & Dandanan
    • Penulisan
    • Multi Camera Production (MCP)
    • Single Camera Production (SCP) dan lain-lain yang berkaitan dengan Media Kreatif
  2. Menawarkan kursus dan latihan dalam bidang kepakaran berkaitan media kreatif dan membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memperkasakan Penyelidikan dan Inovasi dalam bidang tujahan berorientasikan keperluan industri.

 

ELEMEN PENILAIAN COT

Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh elemen dan mempunyai agihan pemberat pemarkahan seperti berikut:

Bil. Elemen Penilaian Pemberat (%)
1 Khidmat Kepakaran 20
2 Penyelidikan dan Inovasi 20
3 Pengajaran dan Pembelajaran 20
4 Kolaborasi 10
5 Penerbitan 10
6 Pengiktirafan 10
7 Penjanaan Pendapatan 10
  Jumlah 100

 

CARTA ORGANISASI COT

Carta Organisasi COT PTSS

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS