SEJARAH PENUBUHAN KELAB

Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Februari 2016 oleh jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Nasir bin Ibrahim. Kelab ini dikenali sebagai Kelab Kebajikan Kakitangan PTSS dan beralamat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis untuk sebarang urusan surat menyurat.

Keahlian Kelab Kebajikan Kakitangan PTSS terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat di PTSS. Yuran keahlian bagi menganggotai kelab adalah RM5 (Lima Ringgit) sebagai yuran keahlian dan RM24 (Dua Puluh Empat Ringgit) sebagai yuran tahunan.

 

MATLAMAT KELAB

  • Menjadi satu badan yang mewakili kakitangan di PTSS
  • Menjaga kebajikan kakitangan PTSS
  • Menggerakkan aktiviti riadah dalam kalangan kakitangan PTSS
  • Mengeratkan ukhwah di antara kakitangan PTSS
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli

 

JAWATANKUASA KELAB

Bil. Nama Jabatan / Unit
Jawatankuasa / Biro
1 Dr Jailani bin Abdul Kadir Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengerusi
2 En. Nadzri bin Che Kamis Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Timbalan Pengerusi
3 Pn. Nur Iliza binti Misnan Jabatan Perdagangan Setiausaha I
4 Pn. Rosnaniwati binti Che Abdullah Unit Pentadbiran Setiausaha II
5 En. Mohd Nizam bin Mat Isa Jabatan Perdagangan Bendahari
6 En. Majdi @ Abdul Hadi bin Ishak Jabatan Perdagangan Ahli Jawatankuasa
7 Pn. Asmiza binti Osman Jabatan Perdagangan Ahli Jawatankuasa
8 Pn. Mardziah binti Kamarudin Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Ahli Jawatankuasa
9 En. Saiful Bin Mohamed Shuib Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Ahli Jawatankuasa
10 En. Sahrijan bin Ahmad Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Ahli Jawatankuasa
11 En. Afi Zuladhli bin Azmi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Ahli Jawatankuasa
12 En. Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman Jabatan Kejuruteraan Elektrik Ahli Jawatankuasa
13 En. Mohd Tarmizi bin Ab Rahman Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Ahli Jawatankuasa
14 Pn. Azirah binti Seman Jabatan Pengajian Am Ahli Jawatankuasa
15 Cik Nur Iwani binti Yazid Unit Pentadbiran Ahli Jawatankuasa

 

CARTA ORGANISASI KELAB

Carta Organisasi Kelab Kebajikan Kakitangan PTSS

 

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KELAB

Kelab juga amat prihatin kepada kebajikan ahli-ahli kelab dengan membuat sumbangan berbentuk hadiah atau wang sempena peristiwa berikut:

  1. Hari lahir
  2. Perkahwinan ahli
  3. Kelahiran anak
  4. Musibah
  5. Rawatan
  6. Pertukaran
  7. Persaraan
  8. Kematian pasangan / ibu / bapa / anak
  9. Kematian ahli

 

AKTIVITI KELAB

Bil. Aktiviti
TAHUN 2016
1 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
TAHUN 2017
1 Sumbangan sempena Majlis Persaraan Pengarah PTSS, En. Sulong Bin Yahya
2 Sumbangan sempena persaraan:
1) Tn. Haji Abdul Nasir bin Ibrahim (Ketua Jabatan Mathematik dan Sains)
2) En. Ku Zambri bin Ku Mahamud (Ketua Kerani)
3) Pn. Nor Nishah binti Yahaya (Penyelia Kamsis)
3 Sumbangan sempena Pertandingan Futsal Kelab Kebajikan PTSS 2017 antara jabatan dan unit
4 Agihan kad hari jadi setiap bulan kepada ahli
5 Sumbangan sempena persaraan Pn. Rashadah binti Hassan (PET)
6 Sumbangan kepada ahli
7 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
8 "Photobooth" sempena Majlis Konvokesyen ke-11 PTSS
TAHUN 2018
1 Mesyuarat Agung Tahunan (tahun kewangan 2017)
2 Agihan kurma sempena Ramadhan
3 Agihan sampul raya
4 Agihan kad hari jadi setiap bulan kepada ahli
5 Sumbangan kepada ahli
6 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab bagi tahun 2018-2019
7 Tajaan "hamper" sempena Karnival Sukan PTSS
8 "Photobooth" sempena Majlis Konvokesyen ke-12 PTSS
9 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Info Aktiviti Tahun 2016

Info Aktiviti Tahun 2017

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
Emel aduan[at]ptss[dot]edu[dot]my
info[at]ptss[dot]edu[dot]my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS