Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) mula beroperasi di Kolej Komuniti Darulaman, Jitra, Kedah pada 16 Mei 2003 dan kemudian berpindah ke kampus tetap di Pauh Putra, Arau, Perlis pada 16 Jun 2004. Sesi pengambilan pelajar pertama ialah pada Sesi Julai 2004. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Perlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis.

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, mempunyai enam jabatan akademik iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan Jabatan Perdagangan. Jabatan-jabatan ini disokong oleh dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Jabatan dan unit lain yang turut terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Jabatan Sukan, Kokurikulum, Kebudayaan dan Warisan, Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Unit Peperiksaan, Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, dan Unit Kualiti.

Selain daripada jabatan dan unit di atas, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Unit Pengurusan Psikologi, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit CISEC, Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia, Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan, Unit Pusat Sumber, Unit Kediaman Pelajar, Unit Perhubungan Awam, Unit Keusahawanan, dan Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan juga berperanan penting di dalam membantu dan memberi sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PTSS. PTSS menawarkan program diploma, pra diploma dan sijil kemahiran kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan.

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
Emel aduan[at]ptss[dot]edu[dot]my
info[at]ptss[dot]edu[dot]my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS