1. Mencapai piagam pelanggan yang ditetapkan iaitu :

a) Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar (1 hari).

b) Penyediaan kad pelajar disiapkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas proses pendaftaran.

c) Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan seperti yang dijadualkan.

d) Status tindakan terhadap aduan pelanggan berkaitan kualiti perkhidmatan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.

e) Keputusan peperiksaan akhir setiap program siap diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

2. Tahap kepuasan pelanggan terhadap pemberian perkhidmatan pendidikan dalam perkara a, b, c, d dan e adalah lebih atau sama 80%.

3. Memastikan pembekalan memenuhi kehendak proses pemberian perkhidmatan pendidikan dengan prestasi pembekal melebihi 75%.

4. Memastikan 90% infrastruktur dan peralatan di PTSS yang perlu penyelenggaraan berkala disenggara mengikut jadual.