PENGENALAN

Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Bahagian Pengambilan Pelajar dan Data

  • Pendaftaran Pelajar Baru dan Lapor Diri Pelajar Senior
  • Permohonan Kad Pelajar
  • Pertukaran Kursus dan Politeknik
  • Penangguhan Semester
  • Pengesahan Surat Pengajian Pelajar
  • Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar
  • Merekod dan Menyimpan Data Pelajar

 

2. Bahagian Kebajikan dan Disiplin

  • Menguruskan Bantuan Kewangan
    Kebanyakan pelajar kursus diploma mendapat tajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebilangan kecil pelajar mendapat tajaan dari lain-lain sumber tajaan seperti JPA, KUOK Foundation, Yayasan Sime Darby, Yayasan Negeri, MARA dan juga lain-lain penaja.
  • Menguruskan Kebajikan Pelajar
    Melaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), memantau perjalanan Pilihanraya Kampus, memastikan perjalanan Minggu Suaikenal berjalan dengan lancar, mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik, melaporkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu, membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar, serta menyelaras dan membantu hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
  • Pengurusan Disiplin Pelajar
    Tertakluk kepada Undang-undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Kesalahan Jenayah).
    Mana-mana pelajar yang dituduh oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atas apa-apa kesalahan jenayah, maka dengan sendirinya mulai tarikh ianya dipertuduhkan, pelajar berkenaan adalah digantung pengajiannya sehinggalah ke tarikh perbicaraannya. Pihak politeknik akan mengeluarkan "Surat Penggantungan Pengajian".

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JHEP PTSS

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan(at)ptss(dot)edu(dot)my
info(at)ptss(dot)edu(dot)my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS