PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, (Pendidikan Tinggi), PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorongkan kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga akan menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Antara lonjakan pertama dalam PPPM (PT) adalah Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.

Selaras dengan lonjakan ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) juga telah bersedia ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab untuk menjadi insan mulia selaras dengan matlamat PPPM (PT) yang telah ditetapkan. Unit Keusahawanan PTSS yang dinaungi oleh Tuan Pengarah PTSS telah menetapkan Key Performance Index (KPI) Keusahawanan IPT di bawah PPPM (PT) 2015-2025 sebagai garis panduan sasaran pencapaian KPI Unit Keusahawanan, PTSS. Antara strategi KPI Keusahawanan IPT di bawah PPPM (PT) yang diselaraskan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) melalui Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) adalah:

  1. Strategi A: Membangunkan Kurikulum Holistik dan Bersepadu - Melaksanakan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP) dengan menerapkan elemen keusahawanan merentasi kurikulum dan bidang pengajian iaitu peratusan pelajar IPT mendapat pendedahan keusahawanan semasa dalam pengajian.
  2. Strategi B: Mengukuhkan Sistem Sokongan Pembelajaran - Melaksanakan rangka kerja penjana pekerjaan (job creator framework) iaitu peratusan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian.
  3. Strategi B: Mengukuhkan Sistem Sokongan Pembelajaran - Menambah baik ekosistem yang menyokong aktiviti keusahawanan pelajar iaitu peratusan pelajar IPT menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian.
  4. Strategi B: Mengukuhkan Sistem Sokongan Pembelajaran - Memperkukuhkan kompetensi tenaga pengajar atau pembimbing keusahawanan iaitu bilangan tenaga pengajar dalaman dan luaran yang mempunyai kepakaran keusahawanan dan membantu atau menjadi penasihat dan mentor kepada perniagaan dan projek keusahawanan pelajar.

Bagi memastikan visi dan misi yang ditetapkan tercapai, unit ini disertai oleh para pensyarah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang akademik dengan model pelaksanaan, fungsi, struktur organisasi, dan aktiviti telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan dasar PPPM (PT) yang telah ditetapkan.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi USW PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan No. Telefon E-mel
1 Azizee bin Aziz Ketua Unit 013-6073292 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2 Noor Zamila binti Abidin Pembantu Tadbir (P/O) 012-4705797 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
Emel aduan[at]ptss[dot]edu[dot]my
info[at]ptss[dot]edu[dot]my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS