Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis (PTSS) Sesi 2019 baru-baru ini telah menerima watikah perlantikan dari Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan. Seramai 26 orang pelajar PTSS telah menerima watikah perlantikan sebagai ahli MPP bagi Sesi 2019.

Perlantikan dibuat hasil daripada pemilihan yang dilakukan oleh pelajar PTSS melalui Pilihanraya Kampus yang diadakan di PTSS baru-baru ini. Hanihatim Mohd Aris, pelajar semester 4 dari Jabatan Perdagangan PTSS telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPP dan Abdullah Abduraman, pelajar semester 4 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik PTSS sebagai Naib Yang DiPertua MPP.

Menurut Yang DiPertua MPP, Hanihatim Mohd Aris, "Perlantikan ini merupakan satu cabaran kepada beliau membantu menjayakan program yang dirancang oleh PTSS dalam membangunkan pelajar dan menghasilkan pelajar PTSS yang cemerlang dari segi pembelajaran dan juga pelbagai bidang. Saya berjanji untuk menjadi pemimpin yang terbaik bagi mencapai hasrat politeknik."

Sementara itu, Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, "Pihak MPP perlu merancang aktiviti yang akan diadakan selari dengan dasar dan kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Ianya harus selari dengan kehendak pengurusan yang berkehendakkan pelajar PTSS cemerlang dari semua segi sama ada di peringkat akademik, kokurikulum, sukan dan juga pembangunan insan."

Menurut beliau lagi, pihak MPP seharusnya memainkan peranan meningkat imej pelajar PTSS apabila mereka graduat, mereka dikehendaki oleh industri hasil dari kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Ini adalah selaras dengan matlamat PTSS yang inginkan semua lulusan PTSS mempunyai pekerjaan apabila bergraduat nanti dan membantu mengukuhkan ekonomi negara apabila berkhidmat dalam pelbagai bidang industri.

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS