Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020) telah berlangsung pada 17 November 2020. Pertandingan ini disertai oleh institusi pendidikan dalam negeri Perlis termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran. Majlis Perasmian Penutupan PRINTIS 2020 telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man dan turut hadir ialah YB Puan Rozieana Ahmad, Exco Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pertandingan anjuran bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kolej Komuniti Arau ini telah mengumumkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) sebagai pemenang Tempat Pertama Kategori A: Pembelajaran dan Pengajaran (Tenaga Pengajar). Produk inovasi yang dipertaruhkan ialah Scoop Ladder Stretcher ini telah membawa pulang Pingat Emas. Ahli kumpulan ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah PTSS iaitu Shahrul Radzi bin Mad Zaki @ Abdullah, Mohd Iskandar bin Mohd Saleh, Mohamad Taufik bin A Rahman dan Rashdan bin Rashid.

Selain itu, PTSS juga mendapat Tempat Ke-dua dan Pingat Emas bagi Kategori B: Makanan dan Minuman (Hospitaliti) (Pelajar). Kumpulan pelajar ini dianggotai oleh Muhammad Noor Izad bin Zailani, Nurul Jannah binti Ruzaimi dan Muhammad Imran bin Mohammad Rozi. Mereka yang dibimbing oleh pensyarah, Ida Rohayu binti Mohd Romli membawa produk Pasta Cheesy Ball: An Alternative of Healthy Food Choice for Kids.

Seterusnya bagi kategori sama, kumpulan pensyarah pula mendapat Tempat Ke-tiga dan membawa pulang Pingat Perak. Produk inovasi mereka ialah Mini Lepat Liat Frozen dihasilkan oleh Norziana binti Abu Samah, Fatin Hanisah binti Abd Hamid dan Suhaila binti Ishak.

Kategori lain yang dimenangi oleh PTSS ialah dalam Kategori D: Kejuruteraan (Tenaga Pengajar). PTSS mendapat Pingat Emas dan menduduki Tempat Ke-dua dengan produknya, Modish Smart Key Box. Ahli kumpulan yang menghasilkan produk ini ialah Mohd Zulfabli bin Hasan, Sahrijan bin Ahmad, Nur Ismalina binti Haris dan Mohammad Najib bin Ramli. Tempat Ke-tiga kategori ini juga disandang oleh PTSS. Durian Skin: An Alternative Material for Particle Board mendapat Pingat Emas hasil inovasi Yap Tek Hong dan Ung Ean Na.

PTSS terus mencatat kejayaan dalam Kategori E: Umum (Tenaga Pengajar). Produk inovasi yang diberi nama I-ICG (Interactive Internship Compact Guideline) dianugerahkan Pingat Emas dan mendapat Tempat Ke-tiga dalam kategori tersebut. Ahli kumpulan ini pula terdiri daripada Mohd Zulfabli bin Hasan, Noor Hidayah binti Jurimi dan Noor Farhani binti Mohd Alui.

Selain mencatat kejayaan menempah tiga kedudukan terbaik bagi kategori-kategori yang tersebut, PTSS menghimpunkan keseluruhan 29 pingat iaitu 7 pingat EMAS, 17 pingat PERAK dan 5 pingat GANGSA dalam Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020).

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hasan berkata kejayaan besar ini membuktikan PTSS sentiasa menggalakkan warganya terutama pensyarah dan pelajar sentiasa berfikiran kritis dan mampu menghasilkan inovasi untuk manfaat semua. Ini adalah sejajar dengan visi PTSS sebagai peneraju institusi TVET yang unggul di Malaysia.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my