ARAU, 19 September: Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah menyempurnakan Perasmian Laman Woodball PTSS. Laman woodball PTSS ini mempunyai 24 fairways dengan panjang keseluruhan ialah 1510 meter. Keunikan Laman Woodball PTSS ialah ia mempunyai sebuah fairway dengan panjang 60 meter, di pinggiran tasik, dihias dengan rumput khas dan paling istimewa fairway ini mempunyai gate di atas tasik tersebut yang mendapat jolokan nama Gate D’Lake. Pengarah PTSS, Abdul Malek bin Hassan memaklumkan keunikan ini hanya terdapat di Laman Woodball PTSS dan mengharapkan warga PTSS memanfaatkan fasiliti ini yang telah disediakan dalam laman sendiri. Woodball akan menjadi salah satu pilihan aktiviti fizikal selain permainan bola sepak, badminton, petanque, berkayak dan lain-lain aktiviti yang terdapat di PTSS.

Sempena majlis perasmian ini juga, telah berlangsungnya Kejohanan Woodball Jemputan Piala Pengarah PTSS. Kategori yang dipertandingkan ialah, Individu Pelajar Lelaki, Individu Pelajar Wanita, Individu Kakitangan Lelaki, Individu Kakitangan Wanita, Bergu Campuran Kakitangan, Berkumpulan VIP dan Jemputan. Akhir sekali ialah penentuan Johan Keseluruhan Kejohanan Woodball Jemputan Piala Pengarah PTSS yang jatuh kepada Pasukan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PTSS.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis mengucapkan tahniah atas perasmian laman woodball ini dan menekankan intipati yang positif daripada permainan woodball iaitu, pemain diajar untuk fokus, woodball juga sebagai 'terapi' bagi menenangkan diri dan selain itu dengan bermain woodball ia membantu melancarkan lagi peredaran darah, meredakan stres, megeratkan integrasi sosial serta membudayakan kehidupan sihat melalui sukan.

Turut hadir di majlis perasmian ini ialah, Dr. Mohd Zahari bin Ismail, pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merangkap Pengerusi Pusat Kecemerlangan Atlet Woodball Majlis Sukan Politeknik, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan Haji Izmi bin Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my