Mohon perhatian kepada semua pelajar semester 1 dan pelajar senior PTSS (semester 2 ke atas):

Hasil mesyuarat libat urus di antara pihak pengurusan bersama wakil pelajar (MPP dan JPKK), satu ketetapan baharu berkenaan dengan bilik pelajar telah dibuat dengan mengambil kira kesan-kesan dan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Justeru, untuk pendaftaran kamsis kali ini, pelajar tiada lagi pilihan tempahan bilik seperti kebiasaan dan tempahan bilik yang telah berlaku sebelum ini secara automatiknya terbatal.

Pelajar-pelajar masih kekal dengan jadual pendaftaran seperti yang telah diberikan oleh pihak HEP sebelum ini tetapi pembahagian bilik akan diberikan secara manual mengikut blok yang telah ditetapkan oleh pihak kamsis mengikut kaedah “first come first serve” sehingga blok berkenaan telah penuh sebelum beralih ke blok yang seterusnya. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin memilih rakan sebilik boleh mendaftar bersama sewaktu proses pendaftaran dilaksanakan.

Bagi pelajar semester 1 dan pelajar-pelajar yang tidak memohon kamsis dalam sistem SPMP serta mempunyai masalah permohonan sebelum ini dan ingin menghuni di kamsis, pelajar boleh terus mendaftar di kaunter pendaftaran di Pejabat Kamsis pada hari yang telah ditetapkan.

Segala kesulitan amat dikesali dan segala kerjasama baik para pelajar sekalian diucapkan jutaan terima kasih. Harap maklum.

PAUTAN UMUM

Takwim Aktiviti Tahunan PTSS 2021

Kalendar Akademik

Info MUET

Pauh Inn

iCERT PTSS

Graduates Reference Hub for Employment and Training

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel info[at]ptss.edu.my