Seramai 2672 daripada 2740 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah 'keluar mengundi' pada Pilihan Raya Kampus PTSS 2021 yang berlangsung semalam. Ini mencatatkan 97.52 peratus pelajar telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warga kampus untuk memilih wakil bagi Kerusi Umum dan Kerusi Jabatan. Sebanyak 25 Kerusi Umum dan 14 Kerusi Jabatan yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus kali ini.

Pelajar-pelajar yang layak mengundi adalah semua pelajar semester 1 hingga 5 kecuali pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri. Proses pengundian adalah menggunakan Sistem e-vote yang dijalankan secara hibrid iaitu, pelajar yang berada di dalam kampus telah hadir membuang undi di Pusat Mengundi yang telah disediakan. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dalam talian dan tidak berada di dalam kampus, mereka pula telah mengundi melalui pautan sistem e-vote yang telah dihantar kepada mereka.

PTSS yang juga merupakan Pejabat Pengurus Pilihan Raya Umum (PRU) cakna terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Sehubungan dengan itu, selain makluman penganjuran Pilihan Raya Kampus kepada pihak berkuasa, pihak PTSS juga mementingkan pemakaian pelitup muka, mengimbas suhu badan semua petugas dan pengundi, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memastikan penjarakan fizikal.

Semua pelajar dari 6 (enam) jabatan akademik telah menunaikan tanggungjawab dan semasa Majlis Penutupan dan Pengumuman Majlis Perwakilan Pelajar PTSS 2021, Timbalan Pengarah Akademik Ts. Nadzri bin Che Kamis telah memuji para pelajar atas komitmen mereka untuk mengundi dan peratusan keluar mengundi yang dicatatkan adalah sangat tinggi. Walaupun pelajar tidak berada di dalam kampus. Beliau juga mengucapkan tahniah atas keberanian dan keyakinan para calon yang membuktikan mereka mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terbaik pada masa hadapan. Dalam ucapan tersebut beliau mengingatkan para calon yang menang untuk terus memperjuangkan manifesto yang dilaungkan semasa berkempen. Sebagai Jawatankuasa Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021, mereka mempunyai 'suara' untuk membantu menyelesaikan masalah rakan pelajar yang lain.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my