Blogspot upliptss.blogspot.com

PENGENALAN

Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan bagi memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan dengan menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus LI akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

 

LATAR BELAKANG

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik.

Pelajar adalah layak menjalani Latihan Industri setelah lulus dalam semua kursus yang diambil. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di Politeknik.

UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat/firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) sentiasa baik dan berterusan.

 

OBJEKTIF UPLI

Memastikan semua pelajar yang layak Latihan Industri berjaya mendapat tempat untuk menjalani praktikal yang menjadi syarat untuk lulus pengajian diploma di PTSS. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PTSS dengan syarikat/firma dapat dikekalkan.

 

FUNGSI/PERKHIDMATAN UPLI

  1. Menghebahkan tawaran tempat Latihan Industri kepada pelajar.
  2. Menguruskan penempatan pelajar.
  3. Lawatan dan penyeliaan pelajar di syarikat/firma.
  4. Memanggil balik pelajar yang akan menamatkan Latihan Industri.
  5. Pendaftaran pelajar tamat Latihan Industri.
  6. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah semasa menjalani Latihan Industri.

 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  1. Membina personaliti individu.
  2. Berkomunikasi dengan berkesan.
  3. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
  4. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
  5. Menghasilkan laporan latihan industri.

 

PERATURAN AM LATIHAN INDUSTRI

  1. Pelajar hanya boleh mengulang LI dua kali sahaja sepanjang pengajian di PTSS.
  2. Pelajar akan gagal jika:
    1. Gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan industri pada tarikh yang ditetapkan.
    2. Diberhentikan oleh syarikat/firma.
    3. Menjatuhkan nama baik politeknik semasa menjalani latihan industri.
    4. Cuba untuk menipu atau mencuri semasa menjalani latihan industri.
    5. Penilaian di bawah tahap lulus.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPLI PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Hafiz Reza bin Haron Ketua Unit 6244 hafizreza
2 Noor Fazreen Shuhaza binti Ghazali Pegawai UPLI (Hubungan Industri) 1021 noorfazreen
3 Zaihasrina binti Zahari Pegawai UPLI (Latihan) 1020 zaihasrina
4 Nur Fateaha binti Fazil Pembantu Tadbir (P/O) 6243 nurfateaha
5 Nurul Khairunnisa binti Su Penyelaras Latihan Industri JKM 6284 khairunnisa.su
6 Norjuliana binti Othman Penyelaras Latihan Industri JKE 1836 norjuliana
7 Shukeri bin Mohamad Ros Penyelaras Latihan Industri JP 6252 shukeri
8 Mohd Tarmizi bin Ab Rahman Penyelaras Latihan Industri JRKV 6365 mohdtarmizi
9 Nor Haizan bin Mehat Penyelaras Latihan Industri JPH 6264 norhaizan
10 Norul Huda binti Abdul Razak Penyelaras Latihan Industri JTMK 6296 norul

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my