POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Polisi OSH PTSS

 

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Carta Organisasi OSH PTSS

 

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN

Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran PTSS

 

TALIAN KECEMASAN

Talian Kecemasan PTSS

 

AKTIVITI

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI BANGUNAN PEJABAT JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM), MAKMAL JKM DAN DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

Tarikh: 2 Mei 2024
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Latihan pengungsian di Bangunan Pejabat JKM, Makmal JKM dan JKE adalah penting untuk menyediakan staf dan pelajar menghadapi kecemasan. Peserta diajar prosedur pengungsian, simulasi pengungsian dan berfokus pada keselamatan khusus seperti kebakaran di kedua-dua jabatan. Tujuannya adalah meningkatkan keselamatan pekerja dan pengguna fasiliti di tempat kerja dengan memberi latihan dan maklumat yang berkaitan.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS
Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS

 

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA OLEH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PERLIS

Tarikh: 6 Mac 2024
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Taklimat Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja oleh JKKP Perlis bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pekerja tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peserta diberi pengetahuan tentang risiko di tempat kerja, undang-undang keselamatan, prosedur evakuasi dan pentingnya kesihatan pekerja. Taklimat ini juga menjadi platform untuk pertukaran maklumat antara JKKP Perlis, majikan dan pekerja dalam mencapai persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS
Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS

 

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI KAMSIS

Tarikh: 14 September 2023
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kediaman Pelajar

Latihan pengungsian bangunan di KAMSIS adalah satu aktiviti penting dalam menyediakan diri menghadapi situasi darurat terutamanya kebakaran dan bencana alam. Bangunan-bangunan di sekitar kita boleh menjadi tempat yang tidak selamat semasa berlakunya gempa bumi, kebakaran atau bencana lain. Oleh itu, latihan pengungsian bangunan di KAMSIS menjadi suatu keperluan untuk melatih kesediaan dan ketangguhan dalam menghadapi keadaan darurat tersebut. Secara keseluruhan, latihan pengungsian bangunan di KAMSIS adalah satu aktiviti penting dan berfaedah dalam menyediakan diri menghadapi situasi darurat. Dengan melatih kesediaan dalam menghadapi bencana, komuniti kampus boleh menjadi lebih bersedia dan teratur untuk melindungi keselamatan semua ahlinya.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS
Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS

 

KURSUS PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API OLEH PIHAK BOMBA PERLIS

Tarikh: 4 Ogos 2023
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan staf apabila menghadapi situasi kecemasan kebakaran terutama dalam bengkel, makmal dan bilik kuliah di jabatan. Kursus ini juga dapat membantu staf melakukan amali dan kaedah yang betul jika berlaku kecemasan dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kursus ini juga melibatkan semua staf di JKM & sebahagian staf JKE. Selain itu, kursus ini juga selari dengan keperluan ETAC dalam Criterion 8.7.5 Safety, Health and Environment yang menggariskan: IHL hendaklah menunjukkan aktiviti untuk memupuk budaya keselamatan di kalangan kakitangan dan pelajar dan mematuhi mana-mana atau semua peraturan atau peraturan yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS
Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS  

 

PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

Tarikh: 12 Julai 2023
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) JKE telah melaksanakan pemeriksaan tempat kerja pada 12 Julai 2023 pada hari Isnin bagi membuat persiapan kedatangan pelajar baru yang akan mendaftar untuk Sesi 1 2023/2024. Pemeriksaan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai OSH JKE di kawasan makmal dan bengkel di JKE termasuk juga Bilik Pensyarah. Terdapat 17 makmal atau bengkel di JKE iaitu EPD, ETL, ECAD1, ECAD2, OPTO, EPK1, EPK2, PRG1, PRG2, EPE, EPP, EPR, EMU, EBK, EBE dan EEE termasuklah Pejabat JKE (EPS) dan juga Bilik Pensyarah. Pemeriksaan merangkumi keselamatan umum berkenaan dengan maklumat keselamatan, laluan kecemasan dan kekemasan bilik. Status alat pemadam api serta kandungan peti kecemasan juga diperiksa.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS

 

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Tarikh: 9 Februari 2022
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang memberi nilai tambah terhadap pemahaman dan kemahiran berkaitan bantuan dan pertolongan cemas kepada pensyarah dan staf Sokongan Akademik. Kursus ini amat berkait rapat dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan bantuan dan pertolongan semasa berlaku kemalangan dan kecemasan di tempat kerja. Walaupun pihak pengurusan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ada menyediakan kemudahan klinik dan Pembantu Perubatan, ilmu pertolongan cemas amat penting dalam memberi bantuan awal kepada staf dan pelajar apabila berlaku kecemasan dan kemalangan di tempat kerja. Program telah mendedahkan pensyarah dan staf Sokongan Akademik kepada pengenalan dan penggunaan ubat yang betul semasa diperlukan jika berlaku kecemasan atau kemalangan kecil semasa bertugas.

Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS
Aktiviti OSH PTSS Aktiviti OSH PTSS  

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my