Bermula 23 Februari 2022 (Rabu) hingga 25 Februari 2022 (Jumaat), jam 12.00 tengah malam merupakan tempoh permohonan kamsis PTSS kali kedua bagi Sesi II : 2021/2022.

Sila ambil perhatian kepada kumpulan pelajar berikut:

  1. Tawaran permohonan kamsis ini adalah terbuka kepada para pelajar yang terlepas permohonan kali pertama sahaja.
  2. Para pelajar yang menangguhkan pengajian semasa Sesi I : 2021/2022 dan masih belum menghantar surat rasmi permohonan kamsis, sila emelkan surat rasmi permohonan kamsis anda kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 25 Februari 2022 (Jumaat), jam 12.00 tengah malam.

Hanya pelajar yang berminat mendiami kamsis PTSS serta mampu mengikuti semua peraturan kamsis PTSS sahaja digalakkan memohon. Para pelajar yang telah membuat permohonan kamsis sebelum ini tidak terlibat dengan makluman ini.

Mohon kerjasama semua pelajar yang berkenaan agar dapat mengambil tindakan secepat mungkin (rujuk tarikh di atas) dan dapat menyebarluaskan info ini kepada kawan-kawan yang terlibat.

UNIT KEDIAMAN PELAJAR PTSS
23 FEBRUARI 2022

 

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my