PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, (Pendidikan Tinggi), PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorongkan kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga akan menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Antara lonjakan pertama dalam PPPM (PT) adalah Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.
Selaras dengan lonjakan ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) juga telah bersedia ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab untuk menjadi insan mulia selaras dengan matlamat PPPM (PT) yang telah ditetapkan. Unit Keusahawanan PTSS yang dinaungi oleh Tuan Pengarah PTSS telah menetapkan Key Performance Index (KPI) Keusahawanan IPT di bawah PPPM (PT) 2015-2025 sebagai garis panduan sasaran pencapaian KPI Unit Keusahawanan, PTSS. Antara strategi KPI Keusahawanan IPT di bawah PPPM (PT) yang diselaraskan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) melalui Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) adalah:
Bagi memastikan visi dan misi yang ditetapkan tercapai, unit ini disertai oleh para pensyarah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang akademik dengan model pelaksanaan, fungsi, struktur organisasi, dan aktiviti telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan dasar PPPM (PT) yang telah ditetapkan.
CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT KAKITANGAN
Bil. | Nama | Jawatan | Samb. No. Telefon ( 04 988 6200 ) |
E-mel ( @ptss.edu.my ) |
1 | Dr. Reezlin bin Abd Rahman | Ketua Unit | 1681 | reezlin |
![]() |
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini. |
![]() |
Dasar Privasi |
![]() |
Dasar Keselamatan |
![]() |
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis |
![]() |
604 988 6200 |
![]() |
604 988 6300 |
![]() |
info[at]ptss.edu.my |