Sample Data-Articles

Penasihat Industri PTSS

PENGENALAN

Unit Kediaman Pelajar bertanggungjawab:

  1. Menyediakan tempat penginapan yang selesa, bersih dan selamat.
  2. Menyediakan kelengkapan asas kepada pelajar mengikut kapasiti penghuni bilik.
  3. Menyediakan bilik rekreasi, wakaf untuk beriadah, bilik dobi, pantri, kafeteria dan lain-lain.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UKP PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mazrul Hisyam bin Mat Ali Ketua Unit 6285 mazrul
2 Syafiq bin Salleh Penolong Pegawai Perubatan 6359 syafiq
3 Mohamad Yazair bin Ab Manan Penolong Jurutera 1771 yazair
4 Shaidi bin Ramli Pembantu Tadbir (P/O) 1771 shaidi
5 Azhar bin Ali Pembantu Tadbir (P/O) 1771 azharali
6 Sufatihah binti Mah Hassan Pembantu Kemahiran 1772 sufatihah

Laman Web sites.google.com/ptss.edu.my/upliptss

PENGENALAN

Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan bagi memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan dengan menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus LI akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

 

LATAR BELAKANG

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik.

Pelajar adalah layak menjalani Latihan Industri setelah lulus dalam semua kursus yang diambil. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di Politeknik.

UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat/firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) sentiasa baik dan berterusan.

 

OBJEKTIF UPLI

Memastikan semua pelajar yang layak Latihan Industri berjaya mendapat tempat untuk menjalani praktikal yang menjadi syarat untuk lulus pengajian diploma di PTSS. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PTSS dengan syarikat/firma dapat dikekalkan.

 

FUNGSI/PERKHIDMATAN UPLI

  1. Menghebahkan tawaran tempat Latihan Industri kepada pelajar.
  2. Menguruskan penempatan pelajar.
  3. Lawatan dan penyeliaan pelajar di syarikat/firma.
  4. Memanggil balik pelajar yang akan menamatkan Latihan Industri.
  5. Pendaftaran pelajar tamat Latihan Industri.
  6. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah semasa menjalani Latihan Industri.

 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  1. Membina personaliti individu.
  2. Berkomunikasi dengan berkesan.
  3. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
  4. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
  5. Menghasilkan laporan latihan industri.

 

PERATURAN AM LATIHAN INDUSTRI

  1. Pelajar hanya boleh mengulang LI dua kali sahaja sepanjang pengajian di PTSS.
  2. Pelajar akan gagal jika:
    1. Gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan industri pada tarikh yang ditetapkan.
    2. Diberhentikan oleh syarikat/firma.
    3. Menjatuhkan nama baik politeknik semasa menjalani latihan industri.
    4. Cuba untuk menipu atau mencuri semasa menjalani latihan industri.
    5. Penilaian di bawah tahap lulus.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPLI PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Hafiz Reza bin Haron Ketua Unit 6244 hafizreza
2 Noor Fazreen Shuhaza binti Ghazali Pegawai UPLI (Hubungan Industri) 1021 noorfazreen
3 Zaihasrina binti Zahari Pegawai UPLI (Latihan) 1020 zaihasrina
4 Nur Fateaha binti Fazil Pembantu Tadbir (P/O) 6243 nurfateaha
5 Nurul Khairunnisa binti Su Penyelaras Latihan Industri JKM 6284 khairunnisa.su
6 Norjuliana binti Othman Penyelaras Latihan Industri JKE 1836 norjuliana
7 Shukeri bin Mohamad Ros Penyelaras Latihan Industri JP 6252 shukeri
8 Mohd Tarmizi bin Ab Rahman Penyelaras Latihan Industri JRKV 6365 mohdtarmizi
9 Nor Haizan bin Mehat Penyelaras Latihan Industri JPH 6264 norhaizan
10 Norul Huda binti Abdul Razak Penyelaras Latihan Industri JTMK 6296 norul

KOLEJ KEDIAMAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menyediakan tempat penginapan (Kolej Kediaman-Asrama) untuk kemudahan mahasiswa. Terdapat empat blok Kolej Kediaman Siswa dan enam blok Kolej Kediaman Siswi disediakan. Setiap blok boleh menempatkan seramai 360 orang mahasiswa. Ini bermaksud seramai 3,600 orang mahasiswa boleh menduduki Kolej Kediaman dalam satu-satu masa. Sebuah kefeteria yang terdiri daripada lapan buah gerai yang berasingan dibina dalam kawasan Kolej Kediaman.

Setiap blok Kolej Kediaman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik dobi, bilik rekreasi dalaman, pantri, surau dan sebagainya. Terdapat dua jenis bilik iaitu bilik yang menempatkan empat orang mahasiswa dan bilik yang menempatkan dua orang mahasiswa. Setiap mahasiswa dibekalkan dengan katil, tilam, meja belajar dan almari pakaian. Setiap penghuni Kolej Kediaman perlulah mematuhi peraturan-peraturan Kolej Kediaman yang telah ditetapkan. Peraturan ini disediakan untuk menjaga kemaslahatan hidup mahasiswa di dalam kampus.

 

PERPUSTAKAAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai sebuah pusat sumber yang menyediakan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan oleh mahasiswa. Bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya boleh digunakan oleh mahasiswa dalam persekitaran yang berhawa dingin serta kondusif. Waktu operasinya dilanjutkan pada musim peperiksaan.

 

PUSAT ISLAM

Sebuah Pusat Islam terdapat berhampiran dengan asrama bagi memudahkan mahasiswa mengerjakan solat berjemaah serta melakukan aktiviti-aktiviti kerohanian lain yang seumpamanya. Pusat Islam ini mempunyai ruang sembahyang yang boleh memuatkan 1,500 orang jemaah. Setiap minggu, Pusat Islam ini digunakan untuk solat Jumaat. Selain daripada kuliah Maghrib oleh pensyarah dalaman, penceramah dari luar juga sering dijemput.

 

DEWAN SERBAGUNA DAN DEWAN KULIAH

Sebuah Dewan Serbaguna yang dikenali sebagai Dewan Harumanis dibina berhampiran dengan Bangunan Pentadbiran. Dewan ini dianggarkan berupaya menempatkan lebih 2,000 orang bagi sesuatu majlis atau aktiviti. Dewan ini digunakan bagi pelbagai aktiviti seperti Majlis Suai Kenal mahasiswa baru, konvokesyen, taklimat mahasiswa dan sebagainya. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin juga mempunyai sebuah Dewan Kuliah Utama yang boleh memuatkan 400 orang dan dua Dewan Kuliah kecil yang mempunyai kapasiti 200 orang setiap satu. Dewan Kuliah ini digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, taklimat serta aktiviti-aktiviti lain seumpamanya.

 

KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai sebuah Kompleks Sukan Tertutup. Terdapat dua gelanggang skuash, gimnasium dan gelanggang badminton di dalam kompleks ini. Berhampiran dengan kompleks ini terdapat gelanggang tenis, bola tampar, sepak takraw, bola keranjang, futsal dan petanque. Gelanggang ini terletak bersebelahan dengan padang utama yang mengandungi padang bola sepak, hoki, ragbi serta trek 400 meter.

Selain daripada digunakan untuk aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, tempat ini juga digunakan untuk aktiviti sukan peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Sukan Politeknik dan sebagainya. Sebuah tasik berhampiran padang boleh digunakan untuk aktiviti air seperti berkayak. Pertandingan memancing juga pernah dijalankan di tasik ini semasa Pesta Konvo. Trek jogging juga disediakan di sekeliling padang permainan.

 

HOTEL, KOLAM RENANG DAN BILIK SEMINAR

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang menjalankan kursus Pengurusan Hotel dan Katering mempunyai sebuah hotel kecil (inn) yang terdiri daripada 50 buah bilik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel swasta yang setaraf dengannya termasuk kolam renang, bilik seminar dan dewan jamuan (ballroom). Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kemudahan di atas bolehlah menghubungi pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

 

BENGKEL / MAKMAL

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai pelbagai bengkel dan makmal bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus yang ditawarkan oleh setiap jabatan. Setiap jabatan akademik mempunyai pelbagai bengkel dan makmal masing-masing, bersesuaian dengan kursus-kursus yang ditawarkan. Pihak luar ingin menggunakan mana-mana kemudahan yang ada boleh menghubungi pihak politeknik.

Pendaftaran Graduan bagi Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ke-13 Tahun 2019 kini telah dibuka. Graduan boleh klik pada pautan ini http://spmp.ptss.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp untuk tindakan selanjutnya.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan BERJAYA/GAGAL permohonan menduduki kamsis bagi sesi JUN 2019 akan dipamerkan mulai 14 Jun 2019. Sehubungan itu, para pelajar yang BERJAYA boleh terus membuat TEMPAHAN BILIK yang disediakan. Bagi para pelajar yang GAGAL dan masih berharap untuk menduduki kamsis, anda boleh terus klik butang rayuan yang disediakan tanpa perlu menghantar surat atau e-mel berkenaan rayuan tersebut (bergantung kepada kekosongan). Surat atau e-mel hanya perlu dibuat bagi pelajar yang tidak membuat permohonan menduduki kamsis secara online sahaja. Perlu juga diingatkan bahawa TEMPOH RAYUAN adalah daripada 14 Jun 2019 sehingga 5 Julai 2019.

 

Majlis Jamuan Raya PTSS 2019

 

PENGENALAN

Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) berperanan merancang dan mengurus bahan-bahan penerbitan PTSS sebagai sumber maklumat seperti video korporat, direktori, laporan tahunan dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan promosi PTSS. Seterusnya merancang dan mengurus imej PTSS dan melaksanakan promosi melalui strategi perhubungan awam yang teratur. UKK juga merancang dan mengurus aktiviti promosi serta publisiti program pengajian di PTSS. Selain itu, UKK turut menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media, menyediakan kenyataan media dan temubual media cetak/elektronik/baharu.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UKK PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Hasnizam bin Hasan Ketua Unit 6200 hasnizam
2 Siti Anisah Sulaiha binti Muhamad Radzi Pegawai Perhubungan Awam 6228 sitianisah
3 Nur Hidayah binti Abdul Rashid Pembantu Tadbir (P/O) 6304 nurhidayah.ar

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my