PENGENALAN

VISI

Jabatan Perdagangan PTSS berazam untuk menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang perdagangan dan kesetiausahaan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

  1. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh
  2. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh
  3. Memastikan semua pensyarah dapat mempertingkatkan lagi akuantabiliti, kredibiliti, integriti dan keprihatinan
  4. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah
  5. Melahirkan pelajar berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab berpandukan kepada nilai-nilai murni.
  6. Peratus kelulusan pelajar JP dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan juga pemantapan kendiri.

 

CARTA ORGANISASI

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Diploma Sains Kesetiausahaan
  2. Diploma Pengajian Perniagaan

 

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Setiausaha
  • Pembantu Peribadi
  • Eksekutif Pentadbiran
  • Koordinator Acara
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif Perhubungan Awam
  • Usahawan

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
    4. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.
  • Lulusan Pra Diploma Politeknik
    1. Lulus Pra Diploma Perdagangan
  • Lulusan Selain SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
      1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
        • Sijil Pemasaran
        • Sijil Pemprosesan Data
        • Sijil Pengajian Perniagaan
        • Sijil Penyimpanan Kira
      2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
        • CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3)
        • EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3)
        • Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
        • Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)
  • Lulusan APEL
    1. Warganegara Malaysia
    2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
    3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:

  • Penolong Pembantu Tadbir
  • Penolong Pengurus
  • Eksekutif Pemasaran dan Jualan
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Usahawan
  • Usahawan e-Dagang
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Penyelidik Perniagaan
  • Pegawai Operasi
  • Pegawai atau Agen Insuran

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM (Politeknik Premier)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
    4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. Matematik
      4. DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.
    5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
    5. Lulus Bahasa Inggeris
    6. Lulus Matematik
    7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau maslaah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lulusan Pra Diploma Politeknik
    1. Lulus Pra Diploma Perdagangan
  • Lulusan Selain SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
      1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
        • Sijil Pemasaran
        • Sijil Pemprosesan Data
        • Sijil Pengajian Perniagaan
        • Sijil Penyimpanan Kira
      2. Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
        • Sijil Dandanan Rambut
        • Sijil Pengkeranian Akaun
        • Sijil Pengoperasian Perniagaan
        • Sijil Perakaunan
        • Sijil Perakaunan Perniagaan
        • Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
      3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
        • HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
        • Operasi Jualan dan Pemasaran (FB-018-3:2012)
        • Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
        • Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
        • Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
        • Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
        • Penyelia Desa (FB-017-3)
        • Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
        • Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
        • Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan(at)ptss(dot)edu(dot)my
info(at)ptss(dot)edu(dot)my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS