SEJARAH PENUBUHAN KELAB

Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Februari 2016 oleh jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Nasir bin Ibrahim. Kelab ini dikenali sebagai KEKiTA dan beralamat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis untuk sebarang urusan surat menyurat. KEKiTA terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat di PTSS. Yuran keahlian bagi menganggotai kelab adalah RM5 (Lima Ringgit) sebagai yuran keahlian dan RM24 (Dua Puluh Empat Ringgit) sebagai yuran tahunan.

 

MATLAMAT KELAB

  • Menjadi satu badan yang mewakili kakitangan di PTSS
  • Menjaga kebajikan kakitangan PTSS
  • Menggerakkan aktiviti riadah dalam kalangan kakitangan PTSS
  • Mengeratkan ukhwah di antara kakitangan PTSS
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli

 

JAWATANKUASA KELAB

Jawatankuasa KEKiTA PTSS

 

CARTA ORGANISASI KELAB

Carta Organisasi KEKiTA PTSS

 

YURAN KELAB

  • Yuran keahlian = RM5.00 (dibayar sekali sahaja)
  • Yuran tahunan = RM60.00 (RM5.00 sebulan x 12 bulan)

 

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KELAB

Kelab juga amat prihatin kepada kebajikan ahli-ahli kelab dengan membuat sumbangan berbentuk hadiah atau wang sempena peristiwa berikut:

  1. Hari lahir
  2. Perkahwinan ahli
  3. Kelahiran anak
  4. Musibah
  5. Rawatan
  6. Pertukaran
  7. Persaraan
  8. Kematian pasangan / ibu / bapa / anak
  9. Kematian ahli

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my