Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pensyarah, pegawai dan kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) kerana berjaya melaksanakan semua tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan selama ini dengan begitu baik.

Sebagai Pengarah, saya akan meneruskan dasar yang sedia ada dan akan membuat penambahbaikan di mana perlu untuk melancarkan pentadbiran politeknik. Di sini saya ingin menekankan semua pensyarah, pegawai dan kakitangan PTSS perlu mempunyai integriti tinggi, ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan kepada kita demi bangsa, agama dan negara. Bekerjalah dengan penuh berdedikasi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa kita Malaysia hingga ke mercu kejayaan. Sekiranya ada sebarang masalah, permasalahan itu perlu diselesaikan di peringkat awal dan perlu profesional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dalam organisasi. Semua pensyarah, pegawai dan kakitangan, PTSS perlu berusaha ke arah mencapai 90 peratus graduan mendapat pekerjaan. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan politeknik dan jangan mencari kesalahan sesama sendiri. Bekerjalah secara berpasukan bagi menjayakan visi dan misi politeknik ke arah kecemerlangan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Politeknik kerana memberi peluang kepada saya untuk meneraju PTSS ke arah mencapai kecemerlangan.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerja menjadikan PTSS politeknik yang boleh menghasilkan lulusan pelajarnya yang berdaya saing, berkualiti daripada segala segi mahupun ilmu yang dimiliki dan juga pelajar yang berhemah tinggi dan berinovasi.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Abdul Malek bin Hassan
Pengarah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my