PENGENALAN

Unit Peperiksaan (UPEP) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan data persijilan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua Pegawai Peperiksaan dan Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik (KPPJ).

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:

  1. Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester
  2. Menyelaraskan aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK)
  3. Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan
  4. Pengurusan bank soalan
  5. Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian
  6. Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan PTSS
  7. Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan
  8. Penyediaan data dan rekod persijilan
  9. Penyediaan transkrip pelajar
  10. Penyediaan Sijil/Diploma
  11. Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen

 

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN

  1. Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
  2. Memproses keputusan penilaian dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
  3. Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PEPERIKSAAN

  1. Mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima permohonan.
  2. Memproses keputusan peperiksaan mengikut takwim aktiviti yang disediakan oleh JPPKK.
  3. Menyediakan Sijil/Diploma kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UPEP PTSS

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Mohd Khairudin bin Saidina Omar Ketua Unit 6388 khairudin
2 Nor Azuana Binti Taib Pegawai Peperiksaan
(Rekod dan Persijilan)
1030 azuana
3 Nurisah binti Wahab @ Abd Wahab Pegawai Peperiksaan
(Pengurusan dan Penilaian)
1037 nurisah
4 Nurulifzan binti Abd Hamid Pembantu Operasi 1033 nurulifzan

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel info[at]ptss.edu.my