Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) menjadi Johan keseluruhan dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan Politeknik Malaysia 2018. Pelajar PTSS, Muhammad Fitri Adnan mendapat tempat pertama (Johan) dan Hanis Munirah Mohammad Zohir mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan Hafazan ini. Muhammad Fitri juga turut mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran yang berlangsung pada 12-14 Ogos 2018 lalu di Politeknik Merlimau Melaka.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan, berkata, "Ini merupakan pencapaian terbaik pelajar PTSS dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan Politeknik Malaysia 2018 dan merupakan satu sejarah kerana pertama kalinya pelajar PTSS memenangi Johan Keseluruhan dalan pertandingan hafazan dan mengharumkan nama PTSS dan juga Negeri Perlis. Tanpa usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh oleh pelajar dan jurulatih kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai". Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Zuraiha Mohd Zain, Ustazah Suhaila Mustaffa dan juga jurulatih Ustaz Nik Mohd Sofri Nik Abdul Hamid serta Ustazah Rosmawati Razak kerana atas usaha mereka PTSS berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam Pertandingan Hafazan dan tempat ketiga dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran.

Pelajar PTSS, Muhammad Fitri Adnan berkata, "Saya terharu dengan kemenangan ini dan tidak menjangka mendapat pertama dalam pertandingan hafazan. Kemenangan ini merupakan sesuatu yang bermakna pada diri saya dan juga PTSS". Menurut beliau lagi, kejayaan ini tak mungkin dapat dicapai tanpa bimbingan dari pensyarah PTSS yang menjadi jurulatih mereka.

Hanis Munirah Mohammad Zohir pula berkata, "Saya berasa gembira dengan kejayaan ini. Walau pun mendapat mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan tapi ia memberikan pengalaman yang amat bermakna kerana ia melibatkan pertandingan dengan pelajar dari politeknik di seluruh Malaysia".

Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Politeknik Malaysia 2018 ini merupakan pertama kali diadakan dengan penyertaan dari 27 Politeknik dan 3 Kolej Komuniti dengan matlamat menggalakkan pembacaan dan pembelajaran dan hafazan ayat-ayat suci Al-Quran dikalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my