Seramai 6 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) telah menerima pentauliahan Akrab Siswa Politeknik Malaysia baru-baru ini daripada 87 penerima dari seluruh Politeknik Malaysia. Mereka terdiri dari Ummi Azeera Abdul Shukor, Nur Airah jusoh, Nurul Asmah Abdullah, Aida Syazlin Nazri, Muhammad Syafiq dan Nurul Fatimah Abdullah. Mereka semua adalah Ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik dari program Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian, Diploma Kesetiausahaan, Diploma Amalan Makanan Halal dan Diploma Pengurusan Teknologi Digital. Kesemua pelajar berkenan adalah terdiri dari pelajar dalam semester 3 dan 4. Sehingga kini seramai 19 orang pelajar PTSS telah berjaya ditauliahkan. Jumlah keseluruhan Akrab Siswa yang berjaya ditauliahkan di seluruh Politeknik Malaysia adalah seramai 511 orang sejak tahun 2015 hingga kini.

Dr Mohd Rusdi Mohamood, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam ucapan perasmian berkata, "Pelaksanaan Akrab Siswa merupakan satu langkah tepat dalam menjana modal insan yang lebih menyeluruh. Akrab Siswa juga merupakan pemangkin kepada program Transformasi Malaysia".

Akrab juga merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari. Objektif Akrab Siswa ini diadakan ialah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran menerusi "upskiling" Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) agar memenuhi kelulusan sebagai ahli AKRAB Siswa. Pelajar juga diterapkan dengan pendekatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan bimbingan siswa secara profesional.Meraka juga dilatih untuk pembentukan kelompok melalui "Training Of Trainers" PRSP atau perantara yang terlatih dan bertauliah. Program ini juga melahirkan pembimbing yang mampu membimbing mahasiswa lain bagi menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan persekitaran, pembelajaran dan meningkatkan potensi diri secara holistik melalui kaedah kemahiran menolong semasa proses bimbingan.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Teknologi dan Piskologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abd Jalil Hassan pulak dalam ucapan aluan berkata, "Akrab merupakan satu nilai tambah kepada pelajar kerana mereka diajar pelbagai perkara berkaitan kaunseling sama seperti yang dipelajari oleh kakitangan awam. Akrab juga mampu menjadi penyaring utama kepada rakan sekerja yang bermasalah sekali gus dapat mengurangkan tekanan bekerja di kalangan penjawat awam".

Majlis Pentaulihan Akrab Siswa Politeknik Malaysia ini telah diadakan di Dewan Harumanis, PTSS. Turut hadir dalam majlis pentauliahan ini ialah Abdul Malek Hassan, Pengarah PTSS, Mohd Nor Shahudin, Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah, Mohd Fisal Haroon, Pengarah Politeknik Balik Pulau dan Politeknik Malaysia yang lain.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my