Arau - "Pilihanraya kampus diadakan ini dapat mewujudkan semangat demokrasi pelajar bagi memilih pemimpin pelajar yang berwibawa dan mampu membawa perubahan kepimpinan pelajar ke arah jati diri yang tinggi dengan kepimpinan kerana ia membentuk jati diri untuk mengesahkan diri mereka yang layak menjadi pemimpin di dalam kampus," Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis berkata demikian dalam ucapan beliau kepada bakal pemimpin pelajar sebelum mengumumkan keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) bagi tahun 2020 yang telah diadakan.

Menurut beliau lagi, Pilihanraya Kampus adalah sesuatu aktiviti yang sihat dan memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar. Selain belajar menjadi pemimpin, pelajar juga berpeluang belajar tentang prosedur pemilihan melalui pengundian, terdedah kepada amalan berkempen dan yang paling penting berpeluang memilih pemimpin masing-masing secara bebas dan rahsia. Katanya lagi, "Selain daripada itu, pelajar juga dapat belajar untuk menghormati pilihan undian calon majoriti jika pilihan sendiri mengalami kekalahan."

Piliharaya ini  telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Januari 2020 yang lalu. Proses pengundian berlangsung di Dewan Harumanis, PTSS bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pilihanraya ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil untuk Majlis Perwakilan Pelajar PTSS bagi tahun 2020. Seramai 35 orang calon bertanding bagi merebut jawatan Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar PTSS 2020 dan hanya 24 orang calon sahaja akan dilantik dalam Majlis Perwakilan Pelajar di PTSS dan 13 calon bertanding merebut Kerusi Jabatan. Seramai 3087 orang pengundi yang layak telah mengundi dalam pilihanraya yang telah diadakan.

Pada pilihanraya kali ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengunakan Sistem E-Vote bagi memudahkan pengundian dijalankan. Pilihanraya telah diadakan serentak di seluruh politeknik di Malaysia. Rosnizam Kamis, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS, berkata, "Pilihanraya kampus yang diadakan ini merupakan Pilihanraya Kampus yang paling berjaya diadakan dengan peratusan keluar mengundi antara yang paling tinggi di antara Politeknik Malaysia iaitu 96.54 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 3,087 orang. Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat."

Nik Ameerul Uwais Rostam Afandi dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual mendapat undi paling tinggi sebanyak 819 undian, Ahmad Aizzat Abdul Karim dari Jabatan Perdagangan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 735 undian dan Muhammad Najmi Syazli Shahar pula mendapat undi ketiga tertinggi sebanyak 672. Menurut Nik Ameerul Uwais Rostam Afandi, calon yang mendapat undi paling tinggi, beliau tidak menyangka akan dipilih sebagai calon yang mendapat undi paling tinggi bagi pilihanraya kali ini. Beliau berikrar akan bekerja keras untuk memastikan kebajikan pelajar terpelihara dan pelajar politeknik ini akan mendapat kemudahan yang baik dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di kampus ini.

Keputusan Pilihanraya Kampus PTSS 2020 telah diketahui pada tepat jam 4.30 petang pada hari berkenaan.

INFORMASI

Takwim Aktiviti Tahunan PTSS 2020

Peperiksaan MUET Tahun 2020

Pelan Strategik PTSS 2018-2025

Kalendar Akademik

PoliTV PTSS

Pauh Inn

The Malaysian Institute of Accountants

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS