Pada 16 Jun 2020 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sebanyak dua (2) projek penyelidikan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah diluluskan. PTSS menerima dua geran daripada 14 projek penyelidikan yang telah diluluskan bagi fasa 2020 ini. Penerima geran yang pertama ialah projek "Development of Real-Time Monitoring System for Pest and Disease Control in Mango Farm using Integration of Mobile Robot and IoT Technology". Geran penyelidikan ini berjumlah RM 57,000. Penyelidikan ini diketuai oleh Encik Mohd Amirul bin Johari dan ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Hashimi bin Lazim, Dr. Syahrul Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil, Ts. Erdy Sulino bin Mohd Muslim Tan dan Encik Mohd Yuzaidi bin Azmi.

Geran yang kedua ialah kepada projek penyelidikan "Sistem Penimbang Ikan Bersepadu" dengan nilai geran sebanyak RM 66,000. Ketua penyelidik projek ini ialah Encik Mohd Zahri bin Jaafar dan ahli-ahlinya ialah Puan Nazni Hani binti Arshad, Encik Azahar bin Mohd Noor, Encik Muffili bin Mahadi dan Puan Noor Fadzilah binti Mahamad.

TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020. Penyelidikan ini diharap dapat meningkatkan kolaborasi yang berfokus dan pemindahan teknologi yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana serta perkongsian ilmu kepada pendidik dan juga komuniti yang berkepentingan. Semoga kedua-dua projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. SYABAS juga diucapkan kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, PTSS yang telah membantu memudahkan permohonan geran penyelidikan ini.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my