Sekalung tahniah diucapkan kepada semua 24 orang peserta yang terdiri daripada pihak industri dan pelajar PTSS dalam menjayakan Program Pensijilan Halal Eksekutif anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

Program ini telah bermula pada 6 September 2020. Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutupan Program Pensijilan Eksekutif Halal Anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Sijil telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Rosnizam bin Kamis.

Untuk makluman, jumlah keseluruhan graduan Halal Eksekutif PTSS kini menjangkau 119 individu yang merangkumi 4 kumpulan peserta sejak dari awal pelancaran program. Peserta ini termasuk pekerja yang sedang berkhidmat dalam industri. Mereka memilih untuk menyertai program ini bagi melayakkan mereka mendapat sijil professional eksekutif halal. Dengan sijil tersebut mereka akan layak memegang jawatan Eksekutif Halal di sesebuah syarikat.

Bagi peserta yang merupakan pelajar, ini merupakan program yang boleh menambah nilai serta meningkatkan peluang kebolehpasaran apabila mereka tamat pengajian nanti. Semua pelajar yang menyertai program ini adalah pelajar semester akhir program Diploma Penyediaan Makanan (Amalan Halal) Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PTSS.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam amalan pengurusan halal di lapangan dgn berkesan. TAHNIAH kepada semua peserta dan SYABAS kepada semua tenaga pengajar. Ini adalah bukti keupayaan PTSS sebagai Pusat Penyedia Latihan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

#SijilEksekutifHalal #ULPLPTSS #JAKIM

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my