Pada 7 November 2020, telah dilangsungkan Majlis Perasmian Penutupan dan Penganugerahan Sijil Pencapaian Program empowerNCER, Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Tahun 2020 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bekerjasama dengan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengelolakan Program empowerNCER Latihan Dan Keusahawanan. Program ini menawarkan kursus upskilling dan reskilling kepada usahawan B40 dalam negeri Perlis.

Kursus upskilling yang diberikan ialah kursus Pembuatan Pastri dan Roti telah bermula pada 15 Ogos 2020 hingga 7 November 2020 mempunyai peserta seramai 20 orang. Bagi program reskilling Diploma Profesional Perniagaan, (Customized empower Course) pula telah diadakan pada 5 September hingga 31 Oktober 2020. Kursus ini melibatkan seramai 20 orang peserta dari pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan. Semua kursus telah berlangsung dalam keadaan yang mematuhi SOP menangani COVID-19.

PTSS menyediakan latihan dengan penglibatan tenaga pengajar iaitu pensyarah dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Program ini bertepatan dengan KPI Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi PTSS iaitu memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat. KPI lain ialah memastikan sumbangan yang signifikan kepada negara dan komuniti.

PAUTAN PANTAS

Takwim Aktiviti Tahunan PTSS 2020

Laporan Tahunan PTSS 2019

Pelan Strategik PTSS 2018-2025

Kalendar Akademik

PoliTV PTSS

Pauh Inn

The Malaysian Institute of Accountants

Microsoft 365

iCERT PTSS

CiE-TVET 2020

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS