Jabatan Pengajian Am telah melaksanakan Bengkel Pengenalan & Pertandingan Woodball Jabatan Staf JPA pada 6 Januari 2021 yang lalu. Bengkel yang djalankan ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua staf di JPA mengenai sukan ini dan merangkumi teori dan juga praktikal. Ia dimulakan dengan sesi penerangan mengenai sejarah sukan woodball dan undang–undang permainan yang disampaikan oleh En. Zulkifli bin Sulaiman dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Bagi sesi praktikal pula, para peserta diberi tunjuk ajar oleh dua orang fasilitator iaitu En. Anuar bin Ramli (Unit Pembangunan & Penyelenggaraan) dan Cik Marsyita binti Kasim (Unit Pentadbiran). Sesi praktikal yang bertempat di Padang Woodball Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ini diteruskan dengan pertandingan yang melibatkan beberapa kategori iaitu individu lelaki, individu wanita dan beregu. Kesemua peserta berjaya menamatkan 12 fairway dengan jayanya. Bengkel Woodball JPA ini diharapkan dapat mencapai objektif yang bersifat 'serampang dua mata' iaitu mengeratkan kerjasama antara pensyarah di JPA di samping membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan semua pensyarah.

PAUTAN PANTAS

Takwim Aktiviti Tahunan PTSS 2020

Laporan Tahunan PTSS 2019

Pelan Strategik PTSS 2018-2025

Kalendar Akademik

PoliTV PTSS

Pauh Inn

The Malaysian Institute of Accountants

Microsoft 365

iCERT PTSS

CiE-TVET 2020

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS