Arau – Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuaku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah menganjurkan Program Derma Darah. Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2016 yang lalu bertempat di Bilik Kuliah 1-1.8. Program ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang.

Program ini mendapat perhatian warga PTSS, seramai 90 kakitangan dan pelajar terlibat dalam program ini. Program derma darah ini secara tidak langsung memberi ruang serta peluang bagi warga PTSS untuk bersama-sama membantu sekaligus menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Keperihatinan warga PTSS dalam usaha membantu dari segi menderma darah amatlah mulia. Melalui program seperti ini kemungkinan besar dapat membantu mereka yang memerlukan sekaligus menyelamatkan nyawa.

“Derma Darah Semulia-mulia Sedekah” itulah kata-kata yang perlu disematkan dalam diri.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my