Arau – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS)  telah mengadakan  “PTSS Innovation and Competition 2016” (INNOCOM) pada 21 September 2016 yang lalu dimana ianya merupakan Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Perlis yang pertama kali  diadakan oleh PTSS bertempat di Dewan Harumanis , PTSS.

 

Menurut Pengarah Program Dr Dzulkarnain Musa , “ INNOCOM  buat kali pertama ini telah telah mendapat sambutan hangat dengan 96 penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam dan sekolah termasuk juga penyertaan dari kumpukan pelajar antarabangsa”Katanya lagi, beliau berasa amat gembira dengan bilangan penyertaan yang melebihi sasaran awal beliau iaitu 46 penyertaan.Ini menunjukan bahawa para pelajar dan pensyarah sekarang amat berminat untuk menghasilkan rekaan dan inovasi terkini selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan budaya inovasi dikalangan generasi muda.

 

 

 

 

 

 

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan Jabatan Pendidikan Politeknik dalam menjayakan INNOCOM kali ini bagi menjadikan aktiviti inovasi sebagai nadi penggerak dalam melahirkan modal insan berkualiti dan kreatif dalam usaha melahirkan rekacipta terbaru serta terkini yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga memudahkan proses kerja dan aktiviti teknikal dalam penghasilan produk terbaru.

 

Perasmian Penutupan INNOCOM ini telah dibuat oleh Pengarah MARA Negeri Perlis, Zahari Aziz. Dalam ucapan penutupannya  beliau mempelawa kumpulan peserta yang bertanding untuk membuat pembentangan projek kepada pihak MARA. Katanya lagi, kumpulan yang berjaya menyakinkan produk mereka , pihak MARA sendiri akan membantu mereka untuk mengkomersialkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. Menurut beliau lagi, MARA juga turut menyediakan geran penyelidikan untuk menghasilkan inovasi terkini yang boleh dikomersialkan.Pelajar-pelajar digalak untuk mencari idea untuk menjana pendapatan sendiri berasaskan produk inovasi yang dihasilkan.

 

INNOCOM  kali ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pengajaran dan pembelajaran ,proses dan teknikal. Bagi kategori pengajaran dan pembelajaran  telah dimenangi oleh PTSS dengan tajuk “Cyber Notes Using Mobile” , kategori proses oleh PTSS juga dengan tajuk” Polyinterns” dan kategori teknikal dimenangi oleh Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Perlis dengan tajuk “Intelligent Stand  of Tyre Air Gun”. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah MARA Perlis.

 

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Penutup tersebut ialah Roseliza Dato’ Shaari , Timbalan Pengarah Akademik PTSS dan Jamazuki Othman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSS

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my