Disediakan oleh: SABA #negaraku

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) pada 23 Mei 2017 yang lalu telah mencipta sejarah apabila dilancarkan penubuhan Northern Entrepreneuship Centre (NEC@PTSS) yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS). Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah(Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik(JPP), Shabudin Man. NEC@PTSS merupakan pusat keusahawanan pertama yang ditubuhkan di Zon Utara dan secara tidak langsung NEC@PTSS menjadi peneraju keusahawanan politeknik di Zon Utara.

Shabudin berkata, "Penubuhan NEC@PTSS ini ialah untuk mengembangkan lagi fungsi PTSS dalam bidang keusahawanan khususnya melibatkan komuniti setempat maka pada hari ini tibalah masanya untuk PTSS bersama-sama berganding bahu menyediakan platform atau 'hub' kepada pengusaha untuk memasarkan produk mereka melalui NEC@PTSS. Melalui platform ini, pengusaha perlu mengambil kira aspek pembungkusan dan pelabelan di dalam produk mereka untuk dipasarkan di NEC@PTSS".

Katanya lagi, "Objektif penubuhan NEC@PTSS ini adalah untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kompetitif bermula dari pendedahan perniagaan kepada pelajar, pengetahuan dan latihan kepada staf dan seterusnya membantu usahawan IKS setempat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Bersesuaian dengan misi dan visi NEC ke arah menjadi hub keusahawanan zon utara dan menjadi pakar rujuk, pusat latihan dan agen pemasaran produk pengusaha di Perlis".

Dr Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS pula berkata dalam ucapan aluannya, "Fungsi penubuhan NEC@PTSS adalah untuk memberikan pendedahan tentang dunia perniagaan kepada pelajar serta komuniti di sekitar Perlis. Bukan itu saja malah para pelajar dapat mengunakan platform ini untuk menjana pendapatan dengan mewujudkan kiosk perniagaan di sekitar politeknik dan menembusi pasaran di luar kampus". Menurut beliau lagi, "Sesuatu produk hanya akan berjaya sekiranya memiliki kapasiti pengguna yang ramai dan ianyanya hanya akan berlaku sekiranya seseorang usahawan atau peniaga memiliki ilmu pengetahuan dan kompetensi sebagai seorang pengusaha yang berjaya selaras dengan hasrat politeknik untuk memasarkan graduan yang holistik dan bercirikan keusahawanan".

Pada majlis yang sama, NEC@PTSS telah diberikan dana peruntukan awal sebanyak RM 30,000 daripada Jabatan Pendidikan Politeknik sebagai modal awal untuk memulakan operasinya. Dana tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP, Shabudin Man kepada Dr Mohd Zahari Ismail sendiri sebagai Pengarah PTSS. Turut serta dalam majlis yang telah diadakan ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari, Ketua Unit Keusahawanan PTSS, Amyzah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Pelajar, JPP, Mohd Nor Mazlan Ismail dan Pengarah-Pengarah Politeknik Zon Utara.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my