BAKTI SISWA KELAB JABATAN PERDAGANGAN (JP) POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)

BALING, 17 September 2017 - Bertepatan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga aktif dan komited dalam mengendalikan aktiviti, Kelab Jabatan Perdagangan menyahut cabaran tersebut dengan menganjurkan Program Jalinan Ukhwah Baktisiswa JP PTSS 2017. Seramai 39 orang pelajar Jabatan Perdagangan menyertai program ini yang telah dijalankan di Kampung Charuk Puteh dan Kampung Surau, Baling, Kedah.

Menurut Hisham Ahmad Firdaus selaku Pengarah Program, adalah diharapkan menerusi program seumpama ini, bukan sahaja dapat menambah kecemerlangan akademik pelajar melalui lawatan keusahawanan tetapi juga dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan pelajar dan masyarakat. Peluang untuk bersama dengan masyarakat seperti ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh peserta program. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program seperti lawatan ke Ladang Madu Kelulut, Projek Homestay Desa Lestari Ulu Legong, Sesi Motivasi oleh Pembimbing Rakan Sebaya, sukaneka dan gotong-royong di masjid dan surau. Bagi Penyelaras Program iaitu Encik Mohd Nizam pula percaya program yang telah disusun ini mampu dijadikan sebagai satu wadah untuk mencetuskan idea dan strategi terbaik ke arah peningkatan diri sebagai pelajar yang cemerlang. Maka program ini diharapkan menjadi pemangkin bagi melahirkan graduan yang dinamik, berketrampilan serta berdaya saing dan menjadi penyumbang ke arah kemajuan negara di masa hadapan.

  

    

 

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my