CEO FACULTY PROGRAMME 2017

PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM PTSS·FRIDAY, 10 MARCH 2017

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) baru-baru ini telah mengadakan “CEO FACULTY PROGRAMME 2017” pada 28 Februari -1 Mac 2017 bertempat di Dewan Harumanis , PTSS. Program ini diadakan dengan kerjasama Q-Plex Communication Sdn Bhd.

Objektif program ini diadakan ialah untuk melahirkan graduan yang berkemahiran selaras dengan halatuju Industri Penyiaran Negara melalui kerjasama dengan pihak industri. Program ini juga membantu memberikan maklumat dan latihan yang tepat kepada pelajar mengenai latihan praktikal dilokasi pengganbaran dan proses editing filem.Program ini juga diadakan bagi memastikan pelajar yang terlibat memperolehi maklumat, pengalaman dan bimbingan secara khusus bagi membolehkan mereka mempertingkatkan kredibiliti diri serta berdaya saing.Program ini merupakan persediaan pelajar ke alam kerjaya yang sebenar.

Program ini bermula dengan perasmian majlis yang dirasmikan oleh Mohd Khalid Ahmad ,Setiausaha Politik , YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis pada 28 Februari 2017 diikuti dengan Tayangan Video “CEO Faculty” mengenai Dato’ Mohammed Tiar Shariff , Ketua Pegawai Eksekutif Q-Plex Communication Sdn Bhd. dan ceramah umum yang bertajuk “Pengalaman Dalam Bidang Video dan Filem”oleh Dato’ Mohammed Tiar Shariff.Pada sebelah petangnya pula akan diadakan forum yang bertajuk “Peluang Pekerjaan dan Perniagaan Dalam Industri Video dan Filem” yang ahli panelnya terdiri daripada Dato’ Mohammed Tiar dan Dr Anwardi Mohd Jamil iaitu anak kepada bekas Pengarah Filem Melayu, Mohd Jamil Sulong. Pada hari kedua para pelajar akan didedahkan cara membuat penggambaran filem dan juga proses editing filem oleh pasukan profesional khas yang dibawa oleh Q-Plex Communication Sdn. Bhd.

Seramai lebih kurang 800 orang yang terdiri dari pelajar Politeknik Zon Utara , Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Sek. Men. Kuala Perlis, Sek. Men. Tengku Sulaiman,Sek. Men. Syed Alwi dan Sek. Men. Dato’ Jaafar,Perlis telah hadir dalam majlis yang telah diadakan ini.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my