DAGANG HALAL INGIN KERJASAMA DENGAN PTSS

PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM PTSS·TUESDAY, 14 FEBRUARY 2017

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) pada 6 Februari 2017 telah mengadakan perbincangan dengan Dagang Halal yang ingin berkolaborasi dengan politeknik. Perbincangan telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Persidangan PTSS. Rombongan Dagang Halal diketuai oleh Pengerusi Dagang Halal, Datuk Muhadzir Mohd Isa, Ketua Pengawai Eksekutif Dagang Halal, Ali Sabri Sani Abdullah, Pengarah Urusan Dagang Halal, Francis Chong, Pengurus Komunikasi, Marisa Ahmad dan pegawai Dagang Halal yang terdiri daripada Faridah Tajalis St Saidi dan Marina Mohamad. Turut serta dalam perbincangan ini seorang Saintis Jepun, Dr Osamu Yamanaka dari Yamanaka Research Institute, Tokyo, Jepun.

Datuk Muhadzir dan perbincangannya berkata. “Dagang Halal ingin membantu PTSS dalam melahirkan graduan dalam Halal Eksekutif. Negara-negara luar seperti Negara China dan Jepun amat memerlukan graduan dalam bidang Halal kerana industri Halal sedang pesat berkembang di negara berkenaan”. Katanya lagi, beliau amat berharap pihak PTSS dapat membekal Eksekutif Halal yang berkualiti yang boleh dipasarkan di negara luar bagi membantu industri halal yang sedang pesat berkembang diluar negara. Dalam perbincangan tersebut, Dr Osamu Yamanaka seorang saintis dari negara Jepun yang dibawa bersama oleh pihak Dagang Halal turut membentang inovasi terbaru yang berkaitan dengan Alat Cekap Tenaga yang dikenali sebagai “Airreformer” dan “Ultra-low Resistance Power Generator.”

Dr Osamu turut mendedahkan kelebihan Alat Cekap Tenaga ini mengunakan tenaga yang minimum, lebih mesra alam dan efisyen dari segi penggunaan tenaga. Perbincangan dengan Dagang Halal, Dr Osamu dibawa bersama bagi membuka peluang kerjasama kedua-dua belah pihak dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan.Buat permulaaan alat ini dicadang diujikaji di ladang Harumanis PTSS untuk dilihat keberkesanan terhadap kesuburan pokok untuk menghasilkan buah Harumanis, dan sekiranya berjaya ia akan dicadangkan untuk dikembangkan di seluruh Negeri Perlis bagi meningkatkan penghasilan Harumanis.

Dr Mohd Zahari Ismail berkata, “Pihak PTSS menyambut baik cadangan ini dan harapan pihak kami agar kerjasama ini akan berterusan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.” Menurutnya lagi beliau amat-amat berharap pihak Dagang Halal dapat memasarkan lulusan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dari PTSS menjadi Eksekutif Halal di luar negara. Secara tak langsung ia akan meningkatkan kebolehpasaran graduan PTSS yang mendapat pekerjaan dipasaran antarabangsa.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my